Apple sudah sekian lama terkenal dengan ketegasan mereka dalam menjaga data privasi penggunanya. Malah, Apple juga tidak akan membenarkan peranti milik seseorang pengguna diakses sewenang-wenangnya walaupun diminta oleh ahli keluarga sendiri sekiranya berlaku kematian. Oleh itu para pengguna perlu mengetahui cara-cara mewariskan akaun iCloud dalam memudahkan akses kelak.
Sudah diumumkan sejak Jun lalu dalam acara WWDC, Apple akan menawarkan fungsi Digital Legacy pada iOS 15.2 kelak. Menerusinya, pengguna boleh meletakkan lima kenalan sebagai pewaris dan boleh mengakses akaun iCloud dengan kebenaran Apple. Berikut merupakan cara-cara mewariskan akaun iCloud sekiranya berlaku kematian.
- Pertama sekali, anda perlu pergi pada bahagian Settings pada peranti iPhone.
- Tekan pada gambar profil anda untuk mengakses masuk tetapan Apple ID anda pula.
- Kemudian, klik pada Password&Security.
- Klik pula pada bahagian Legacy Contact.
5. Melalui Legacy Contact, anda hanya perlu klik pada bahagian Add Legacy Contact dan kini boleh menambah pewaris dengan memilih sesiapa yang dipercayai termasuklah ahli keluarga dalam Family Sharing ataupun kenalan rapat di dalam contact list.
6. Setelah selesai mengisi pewaris berkenaan, anda boleh tekan pada Continue dan ini akan menghasilkan kunci akses yang boleh dicetak dan dihantar melalui emel, WhatsApp atau Messages kepada mereka.
7. Sebaik sahaja anda menghantar mesej atau mencetak maklumat Legacy Contact anda, orang yang telah ditetapkan secara rasminya sudah boleh mengakses data selepas kematian kelak.
Untuk makluman, ciri ini hanya boleh diakses oleh pengguna iOS 15.2 beta buat masa ini. Dengan menetapkan individu berkenaan, mereka boleh meminta informasi akaun iCloud anda termasuklah gambar, mesej, emel, video, dokumen, catatan, senarai kenalan dan acara di kalendar.
Akan tetapi, akses kepada Digital Legacy masih dihadkan untuk pewaris berkenaan bagi menjaga privasi anda seperti informasi pembayaran, langganan, media berlesen dan juga rantaian data yang disimpan di dalam iCloud. Apple juga membenarkan mereka untuk mengimport data-data tersebut secara langsung ke peranti iPhone, iPad dan Mac.
Para pewaris turut diingatkan untuk mengimport kesemua data apabila sudah meminta akses daripada Apple kerana terdapat tempoh yang ditetapkan sebelum akaun tersebut dipadam sepenuhnya oleh pihak Apple.
Semoga tutorial ini sedikit sebanyak dapat memudahkan ahli keluarga atau kenalan rapat pengguna peranti Apple dalam mengakses akaun iCloud sekiranya berlaku sebarang kematian. Selain itu, para pewaris juga boleh melepaskan rindu dengan melihat gambar atau video yang disimpan melalui iCloud tersebut.
Selain itu, anda juga perlu tahu cara menambah emergency contact pada iPhone anda untuk memudahkan mendapat bantuan kecemasan dengan pantas.
Cara Mudah Menambah Emergency Contact Pada iPhone Anda Untuk Persediaan Kecermasan
Cara-Cara Memohon Dos Penggalak Melalui Aplikasi MySejahtera Bagi Urusan Ke Luar Negara