Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apple sudah menyertakan pelbagai ciri penting pada peranti iPhone untuk memudahkan urusan pengguna terutamanya di waktu kecemasan. Oleh itu, terdapat ciri Medical ID dan Emergency SOS yang boleh digunakan dengan mudah. Akan tetapi, tidak semua mengetahui cara menambah emergency contact pada iPhone yang dimiliki.

Hal ini kerana sebahagian ciri Apple perlu diterokai untuk mendapatkan akses menerusinya. Berikut merupakan cara menambah emergency contact pada iPhone untuk persediaan sekiranya berlaku kecemasan.

1. Klik pada aplikasi Health dan tekan gambar profil anda.

cara menambah emergency contact

Sumber Gambar: iPhone

2. Pilih Medical ID.

cara menambah emergency contact

Sumber Gambar: iPhone

3. Tekan Edit dan skrol ke bahagian Emergency Contacts.

cara menambah emergency contact

Sumber Gambar: iPhone

4. Klik pada butang tambah untuk menambah emergency contact.

Sumber Gambar: iPhone

5. Tekan pada kenalan yang disimpan menerusi telefon anda lalu tambah mereka sebagai emergency contact.

Sumber Gambar: iPhone

6. Pilih hubungan untuk kenalan yang telah ditambah.

Sumber Gambar: iPhone

7. Akhir sekali, tekan Done untuk penambahan emergency contact yang baharu.

Sumber Gambar: iPhone

Antara manfaat yang anda dapat dengan menambah emengency contact adalah kemudahan mengakses informasi kenalan terdekat untuk dihubungi oleh orang luar sekiranya berlaku kecemasan. Anda juga boleh meletakkan nombor kenalan tersebut pada lock screen yang bakal memaparkan semua maklumat kecemasan yang telah disimpan menerusinya.

Fungsi Emergency SOS pula membolehkan anda membuat panggilan kecemasan dengan hanya 1 slide sahaja. Kemudian, ia sudah sedia memanggil kepada perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan rawatan secepat mungkin ke lokasi kejadian. Malah, mesej kecemasan turut dihantar secara automatik kepada emergency contact yang ditetapkan.

Untuk makluman, fungsi panggilan kecemasan ini hanya ditawarkan kepada model iPhone 7 dan ke atas sahaja. Fungsi ini sememangnya telah direka khas untuk memudahkan pengguna membuat panggilan kecemasan dengan mudah dan pantas. Selain itu, Apple Watch juga turut menyokong kedua-dua fungsi ini dengan penambahan ciri pengesan jatuh pada si pemakai.

Sebagai langkah persediaan untuk kecemasan, pada hari ini anda hanya perlu meluangkan sedikit masa menambah kenalan atau keluarga terdekat sebagai emergency contact supaya mudah untuk dihubungi apabila berlaku kemalangan. Malah, anda boleh kongsikan informasi ini supaya lebih ramai boleh memanfaatkan ciri yang serba penting ini.

Sebelum ini, ciri emergency SOS berjaya membantu menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri semasa berlaku kemalangan dalam mendapatkan bantuan segera.

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Bagaimana Apple Watch Membantu Warga Emas Ini Ke Hospital Dapatkan Rawatan Kecemasan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group