Sudah menjadi satu lumrah yang mana setiap peranti tidak kiralah dari Android mahupun iOS yang digunakan pasti akan mengalami masalah tersangkut pada suatu masa. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara force restart iphone yang sedang digunakan.

Kebiasaannya skrin anda boleh jadi hitam dan skrin sesentuh sudah tidak responsif lagi. Malah, anda perlu membuat force restart untuk mengatasi masalah tersangkut tersebut. Jadi, mari pelajari cara force restart iphone yang betul untuk beberapa generasi yang berbeza.

Siri iPhone 8 sehingga model iPhone 13 termasuk iPhone SE generasi ke-2

1.Tekan butang volume up (+) dan lepaskan.
2.Tekan butang volume down (-) dan lepaskan.
3.Tekan butang kuasa (power button) selama beberapa saat sehinggalah terpapar logo Apple di skrin.

cara force restart iphone
Sumber Gambar: Apple
Siri iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

1.Tekan butang volume down (-) serentak dengan butang kuasa selama beberapa saat sehingga terpapar logo Apple.

cara force restart iphone
Sumber Gambar: Apple
Untuk iPhone 6S dan sebelumnya termasuk iPhone SE generasi pertama

1.Tekan butang Home dan butang kuasa atau butang di tepi secara serentak sehingga logo Apple terpapar.

Sumber Gambar: iFixit

Dengan melakukan force restart, peranti tersebut akan kembali kepada keadaan asal dan beroperasi seperti sedia kala. Sementara aplikasi yang dipasang perlu dilancarkan semula kerana memori dalaman sudah memadam kesemuanya.

Pihak Apple juga ada memberi solusi yang mana peranti masih tersangkut sewaktu dihidupkan perlu disambungkan pada komputer atau Mac. Kemudian, ia bakal masuk ke recovery mode dan akan memuatkan kemas kini perisian peranti tersebut.

Bagaimanapun sekiranya peranti anda masih mengalami masalah yang sama, Apple turut menasihatkan anda supaya mendapatkan khidmat bantuan di pusat servis Apple yang sah. Anda boleh lawati laman rasmi Apple Support untuk membuat temu janji bersama juruteknik Apple kelak.

Semoga dengan tutorial ini pengguna iPhone yang sedia ada mahupun baharu dapat mengetahui cara sebenar untuk mengatasi masalah hang atau freeze screen yang boleh berlaku sewaktu di dalam seharian.

Selain itu, anda juga berpeluang mencuba aplikasi Google Fit untuk mengukur degupan jantung menerusi kamera iPhone dengan mudah.

Semudah Guna Aplikasi Google Fit, Ini Caranya Ukur Degupan Jantung Menerusi Kamera iPhone

Ini Caranya Mewariskan Akaun iCloud Sekiranya Berlaku Kematian

Sumber