Terkadang anda mungkin terbeli aplikasi secara tidak sengaja di Google Play Store atau pun aplikasi tersebut tidak beroperasi seperti yang diharapkan. Malah, terdapat beberapa cara dapatkan refund di Google Play Store yang boleh dicuba terlebih dahulu.

Ditambah pula anak-anak masa kini semakin pandai menggunakan gajet, maka makin tinggi berpotensi anda menghadapi masalah pembelian tanpa pengetahuan juga. Ikuti tutorial cara dapatkan refund di Google Play Store mengikut prosedur yang ditetapkan.

1. Lawati laman web Google Play Store.

2. Log masuk emel yang digunakan untuk membeli aplikasi atau pun in-app purchase yang mahu dituntut pembayaran semula.

3. Pada halaman utama, pergi pada bahagian kiri sekali dan klik pada Account.

cara dapatkan refund
Sumber Gambar: Google Play Store

4. Seterusnya, anda perlu klik Order History untuk mengakses senarai pembelian yang pernah dibuat menerusi akaun tersebut. Kesemua rekod pembelian sedia dipaparkan bermula anda membuat pembelian yang pertama sehinggalah yang terkini.

cara dapatkan refund
Sumber Gambar: Google Play Store

5. Selepas itu, klik Report a problem pada mana-mana pembayaran yang ingin dibayar balik dan pilih sebab yang bersesuaian mengapa berbuat sedemikian bagi penelitian pihak Google kelak.

Sumber Gambar: Google Play Store

6. Kemudian, anda diminta untuk memberikan penjelasan terhadap refund yang dibuat sebagai bukti dan juga perkongsian untuk pihak pembangun aplikasi sendiri. Pastikan alasan anda kukuh agar ia lebih mudah untuk dibayar semula oleh mereka yang terbabit. Tekan Submit selepas siap.

Sumber Gambar: Google Play Store

7. Akhir sekali, anda akan menerima e-mel berhubung permohonan refund yang dihantar kepada Google. Kebiasannya permohonan akan diteliti dalam waktu sehari sebelum wang anda dikembalikan.

Sumber Gambar: Google Play Store

8. Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu maklum balas pihak Google selepas permohonan disemak oleh mereka barulah anda boleh menerima wang tersebut.

Untuk makluman, anda hanya boleh berbuat sedemikian dalam tempoh 48 jam selepas pembelian sahaja. Selepas daripada itu, pihak pembangun pula yang akan menguruskan perkara tersebut. Perlu diingatkan transaksi ID tersebut juga sangat berguna untuk membuat permohonan lanjutan sekiranya gagal sebelum ini.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memberi pencerahan secara ringkas bagaimana cara untuk mendapatkan semula wang yang dibelanjakan menerusi Google Play Store dengan betul. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang agar mereka juga boleh memanfaatkannya.

Selain itu, anda mesti ketahui cara-cara menyekat pembelian dalam aplikasi oleh anak-anak untuk mengelakkan pembelian tanpa pengetahuan berulang lagi.

Cara-Cara Menyekat Pembelian Dalam Aplikasi Oleh Anak-Anak Pada Peranti Android Dan iOS

5 Cara Kawal Video YouTube Daripada Tontonan Kanak-Kanak