Twitter telah menjadi platform pilihan utama untuk perbincangan berkaitan kripto di internet oleh para peminatnya. Malah, platform Twitter juga kini sudah mengintegrasikan beberapa ciri kripto seperti gambar profil NFT dan juga memberi tips berasaskan kriptowang.

Oleh itu, syarikat ini telah berkongsi data dalaman yang mendedahkan seberapa ramai orang dalam membincangkan perkara berkaitan kripto di platform tersebut. Difahamkan terdapat 1 bilion tweet mengenai kripto sejak tahun 2020 lagi dan sebanyak 229 juta daripadanya adalah tweet yang dibuat pada tahun 2021 lalu.

Sementara itu, antara hantaran paling banyak menerima retweet pada tahun lalu adalah pemberian Bitcoin daripada YouTuber, Mr. Beast, kenaikan Dogecoin, tweet daripada Elon Musk yang membenarkan pengguna membeli kereta Tesla menggunakan Bitcoin dan beberapa lagi.

Sejak tahun 2020, topik utama yang sering disebut bersama kripto termasuklah perniagaan dan kewangan, pelaburan, NFT, Bitcoin, Ethereum, pertukaran kriptowang, industri aset digital, Binance Coin, Dogecoin dan personaliti teknologi. Dari 2020 sehingga 2021, terdapat sebanyak enam kali ganda lebih banyak tweet tentang kripto berbanding sebelum ini.

Sumber Gambar: Pantura

Berdasarkan data dalaman yang direkodkan,antara lima negara teratas yang paling banyak membincangkan berkaitan kripto menerusi #CryptoTwitter sejak tahun 2020 lagi termasuklah Amerika Syarikat, India, Indonesia, Turki dan Bangladesh.

Sumber Gambar: Reuters

Selain itu, antara figura utama yang berpengaruh berkaitan kripto dalam ruangan Twitter termasuklah, pengasas Binance, Changpeng Zhao, Elon Musk, Coinbase, OpenSea, CoinMarketCap, Crypto.com dan Solana blockchain. Twitter dilihat menerima pelbagai jenis peminat kripto yang sekaligus menjadi hub utama ketika ini.

Bahkan, dikatakan dengan kehadiran Spaces telah merancakkan lagi perbincangan berkaitan kripto dengan lebih meluas sejak tahun 2020. Oleh itu, pihak Twitter mahu menjadikan platformnya lebih mesra kripto selaras dengan jangkaan penggunaan Web 3.0 berasaskan blockchain secara komprehensif dalam beberapa tahun lagi.

Di Thailand pula, mereka juga sudah pun mempunyai sebuah kafe yang menawarkan kopi dan kek berserta nasihat berkaitan kripto.

Kafe Di Thailand Ini Tampil Unik Tawarkan Nasihat Berkaitan Kripto Bersama Kopi Dan Kek

Mahu Tarik Pelancong Luar, Thailand Cadang Menjadi Negara Mesra Kripto

Sumber