Sejak mula Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan halangan Huawei untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat serta bekerjasama dengan syarikat dari negara mereka termasuk Google, situasi perang dagang antara Amerika Syarikat dan China dilihat semakin hangat.

Kemelut yang bermula sejak Mei tahun lalu ini nampaknya terus berlarutan sehingga kini dimana peranti terbaru Huawei masih lagi dihalang daripada menerima servis daripada Google.

huawei-xiaomi-oppo-vivo

Terbaharu, kerjasama yang bermula dengan sekadar ura-ura ini nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo sedia untuk bergabung tenaga membangunkan sebuah platform buat para pembangun luar China memuat naik aplikasi bagi memberi saingan kepada dominasi Google Play Store.

Gabungan yang dinamakan sebagai Global Developer Service Alliance (GDSA) membolehkan para pengguna memuat naik game, muzik, movie serta beberapa aplikasi lain untuk kegunaan ramai.

GDSA dijangka bakal dilancarkan sekitar Mac dan dilaporkan bakal mulai disokong oleh sembilan negara awal termasuk pasaran India, Indonesia dan Rusia.

Huawei
Sumber: Gadgets Now

Gabungan ini dilihat sebagai strategi yang baik ketika ini melalui dominasi mereka di beberapa negara contohnya Xiaomi di India, Vivo dan Oppo di Asia Tenggara manakala Huawei di Eropah.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana GDSA hasil gabungan empat jenama besar mampu memberi saingan kepada Google dalam jangka masa yang panjang. Adakah anda yang berminat untuk tinggalkan Google kepada servis dari China ini?

Pada penghujung November tahun lalu, CEO Huawei menyatakan beliau sangat yakin syarikatnya tidak memerlukan Google untuk menjadi jenama terhebat dunia.

https://www.thevocket.com/ceo-huawei-yakin-tidak-perlukan-google-untuk-jadi-jenama-no-1-dunia/

https://www.thevocket.com/huawei-p40-mungkin-dijual-dengan-harga-yang-lebih-rendah-berbanding-p30/

Sumber