Kita sudah mendengar sejumlah syarikat pengeluar telefon pintar mulai tidak mahu menyertakan pengecas di dalam bungkusan sejak beberapa tahun kebelakanga ini. Kini giliran OPPO pula mengikuti jejak langkah seperti syarikat gergasi lain untuk berbuat sedemikian.

Perkara ini telah disahkan oleh OPPO sendiri menerusi satu wawancara bersama Android Police yang mana pihaknya tidak akan lagi membekalkan untuk telefon pintar keluarannya pada tahun 2023.

Sumber Gambar: Xakatamovil

Naib Presiden Jualan dan Perkhidmatan Antarabangsa OPPO, Billy Zhang telah mengesahkan perkara ini. Beliau tidak menyatakan produk apakah yang tidak akan menyertakan pengecas tersebut. Namun, beliau sudah memberi bayangan ia bergantung pada pasaran tertentu dan juga produk itu sendiri.

OPPO dilihat mungkin tidak akan menyertakan pengecas di pasaran-pasaran tertentu dan sesetengah pasaran pula mungkin masih lagi menerimanya bersekali. Malah, pengecas SuperVOOC juga sukar didapati di dalam pasaran dan hanya ditawarkan pada model-model terkini sahaja.

Zhang tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang mengapa OPPO merancang untuk tidak menyertakan pengecas bersama-sama kotak pembungkusannya. Seperti biasa, kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar lain memberikan alasan untuk tidak menyertakan pengecas adalah bagi mengurangkan sisa elektronik demi kelestarian alam.

Selain Apple, Samsung kini bertindak lebih agresif dengan merancang tidak mahu menyertakan kabel USB bersama telefon pintar mereka.

Bukan Sahaja Pengecas, Samsung Rancang Untuk Tidak Sertakan Kabel USB Bersama Telefon Pintar

Tidak Berniat Tiru Apple, Xiaomi Rancang Buang Pengecas Sejak Dari 2015 Lagi