Honor Earbuds 3 Pro Dan Watch GS 3 Kini Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Selaras dengan pelancaran Magic4 Pro, Honor juga sedia membawakan Earbuds 3 Pro dan Watch GS3 buat pasaran Malaysia. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sejumlah ciri menarik padanya yang pasti boleh memenuhi keperluan seharian anda.

Bukan hanya menawarkan produk yang premium sahaja, malah ditawarkan dengan harga mampu milik. Mari kita lihat spesifikasi kedua-dua peranti baharu yang ditawarkan oleh Honor Malaysia pada kali ini.

Honor Earbuds 3 Pro

Sumber Gambar: Honor

Honor Earbuds 3 Pro menampilkan rekaan yang ergonomik yang sangat ringan dan selesa untuk dipakai.  Dilengkapi dengan Coaxial Dual-Driver Design Super-Amplitude dan Piezoelectric Ceramic Tweeter pertama dunia yang menghasilkan bunyi yang sedap serta efek bass yang rancak.

Terdapat teknologi Adaptive Active Noise Cancelling dan penghubung yang dipertingkatkan dapat membenarkan pengguna menikmati muzik yang mengasyikkan dan bunyi yang lebih padu semasa bermain games atau menerima panggilan. Menariknya, Earbuds 3 Pro juga menjadi pertama dalam industri hadir dengan teknologi suhu AI.

Sumber Gambar: Honor

Di samping itu, pengguna membuat sambungan dengan pantas menerusi Bluetooth 5.2 serta mempunyai pelindungan piawaian IP54 untuk kegunaan yang lebih ekstrem. Malah, ia hadir dengan case pengecas pantas 5C yang mana dengan 5 minit pengecasan sudah boleh memberikan anda menikmati muzik selama 2 jam.

Untuk anda yang berminat dengan Honor Earbuds 3 Pro, kini sedia ditawarkan dengan harga RM699 sahaja menerusi sejumlah kedai rasmi dalam talian seperti Honor, Lazada dan Shopee. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu putih dan kelabu.

Honor Watch GS 3

Sumber Gambar: Honor

Jam pintar keluaran Honor ini mempunyai rekaan yang bergaya dan elegan dengan kualiti bahan seperti besi tahan karan 316L. Jam ini sememangnya direka khas untuk memberi keselesaan sepanjang hari dengan hanya seberat 44g dan ukuran 10.5mm. Pada bahagian skrin pula, ia dilengkapi 1.43-inci AMOLED dengan kepadatan piksel 326 ppi untuk visual yang terbaik.

Dari segi fungsi, lengkap dengan beberapa sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk pengesanan kadar degupan jantung sepanjang hari, tekanan udara dan memantau corak tidur. Sebagai tambahan, jam ini juga dilengkapi sehingga 100 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna.

Sumber Gambar: Honor

Bateri sebesar 451 mAh yang disertakan mampu bertahan sehingga 14 hari atau 30 jam jika diaktifkan sepanjang masa. Spesifikasi lain yang turut serta seperti kebolehan menjawab panggilan, proses sambungan yang pantas menerusi Bluetooth 5.0 dan juga terdapat storan dalaman sebesar 4GB dan banyak lagi.

Buat pasaran Malaysia, Honor Watch GS 3 sedia ditawarkan dengan harga RM899 untuk warna Midnight Black dan RM999 untuk versi warna Ocean Blue dan Classic Gold. Anda boleh dapatkan menerusi sejumlah kedai rasmi dalam talian seperti Honor, Lazada dan Shopee.

Ikuti juga tentang kerajaan Pulau Pinang yang sudah pun memulakan ujian 5G di tiga lokasi sekitar George Town.

Kerajaan Pulau Pinang Sudah Mulakan Ujian 5G Di Tiga Lokasi Sekitar George Town

Didakwa Sengaja ‘Memburukkan’ Twitter, Pemegang Saham Failkan Saman Terhadap Elon Musk

Sumber
Exit mobile version