Apple Watch Ultra baru sahaja diperkenalkan untuk memenuhi keperluan seharian pengguna yang lebih ekstrem. Model Ultra ini akan dijual pada harga RM3,799 untuk pasaran Malaysia.

Apa yang mengejutkan adalah anggaran pembaik pulihan Apple Watch Ultra ini mencapai  $499 (~RM2,200) bergantung kepada kerosakannya. Harga baik pulih ini telah dikemas kini menerusi laman web rasmi Apple untuk rujukan pengguna.

Sumber Gambar: Apple

Bagaimanapun kos pembaikan boleh dikurangkan sekiranya anda melanggan Apple Care+ yang mana jumlah maksima yang perlu dibayar adalah sekitar  $78 (~RM350) sahaja berbanding tanpa pelan tersebut. Malah dengan pelan ini juga, pengguna boleh menukar bateri secara percuma sekiranya sudah sampai kapasiti 80% cas sahaja.

Buat masa ini, Apple Care di Malaysia hanya merangkumi produk-produk siri MacBook, iPad dan AppleTV sahaja. Malaysia juga tidak mempunyai pelan Apple Care+ seperti di Amerika Syarikat. Sama-sama kita nantikan sama ada pihak Apple akan menawarkan pelan insuran ini buat pengguna Malaysia atau pun sebaliknya.

Sumber