Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti kita sedia maklum, syarikat-syarikat teknologi gergasi sedia menaikkan harga jualan peranti ekoran isu rantaian bekalan, inflasi dan konflik dunia yang masih belum reda. Jadi, perkara ini akan berlarutan dan memberi kesan kepada sejumlah peranti termasuklah siri iPhone 14 kelak.

Terkini, Ming-Chi Kuo menerusi ciapan terbaharu meramalkan bahawa harga jualan jualan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pada tahun ini akan meningkat sebanyak 15% berbanding generasi siri iPhone 13 Pro tahun lalu.

Sumber Gambar: Notebookcheck

Peningkatan harga jualan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tahun ini adalah disebabkan penggunaan panel skrin tanpa bertakuk buat pertama kalinya dan dilengkapi cip terkini Apple 16 Bionic. Malah, penambahbaikan pada sistem kamera juga menunjukkan bonggol kamera yang lebih besar.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Takuk kamera pada kali ini tampil berbeza dengan rekaan dua lubang di bahagian atas. Sementara harga jualan iPhone 14 dipercayai akan masih kekal kerana tetap menggunakan cip sebelumnya dari model tahun lalu iaitu Apple 15 Bionic serta menggunakan rekaan takuk kamera yang sama di skrin.

Apple sudah pun memilih bulan September untuk pengenalan iPhone dan Apple Watch baharu.

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu

Ekoran Campur Tangan Kuasa Besar, TSMC Mungkin Terpaksa Hentikan Pembuatan Cip Apple Dan Qualcomm