Elon Musk baru sahaja menggegarkan dunia dengan pengambil alihan Twitter sepenuhnya. Selain mahu membangunkan sebuah platform bebas berbicara, beliau sering memberi sokongan kepada medium kriptowang terutamanya Dogecoin.
Selepas sahaja pembelian Twitter oleh beliau, harga Dogecoin telah melonjak sebanyak 27%. Hal ini kerana Dogecoin pernah dipromosikan oleh beliau sendiri pada suatu ketika dahulu sehingga menjadi salah satu kriptowang utama di pasaran hari ini. Ditambah pula jangkaan penawaran pembayaran Dogecoin untuk beli Tesla kelak telah mendorong peningkatan drastik.
Ramai pemilik Dogecoin juga berharap Elon Musk akan terus memacu pertumbuhan token tersebut. Oleh kerana pengaruh beliau yang cukup besar, setiap tweet yang disiarkan boleh mengubah landskap pasaran dan nilai sesuatu kriptowang secara langsung.
Di platform Twitter, para pengguna sudah boleh memberi tip berasaskan Bitcoin kepada pencipta kandungan. Terdapat kemungkinan pemilik baharu Twitter bakal memperkenalkan ciri yang sama untuk Dogecoin pula.
Perkara ini juga telah dibahaskan oleh Satori Research yang mana menjangkakan beliau akan menawarkan Dogecoin sebagai sistem pembayaran ekoran sering menyokong Dogecoin sebelum ini secara terbuka. Untuk pemilik Dogecoin, mereka sudah pasti bakal melihat peningkatan nilai yang ketara lagi selepas ini.
Sebelum ini, kriptowang Dogecoin pernah alami peningkatan harga melebihi 2,000% ekoran satu tweet hantaran yang dibuat oleh Elon Musk.
Gara-Gara ‘Tweet’ Terbaru Elon Musk, Harga Dogecoin Terus Melonjak Serta-Merta
Hanya Kerana Gurauan McDonald’s Terhadap Elon Musk, Kriptowang ‘Palsu’ Ini Melonjak 285,641%