Sebuah berita yang menggemparkan dalam industri teknologi pada pagi ini apabila disahkan Elon Musk selaku individu terkaya dunia berjaya mengambil-alih Twitter pada nilai sekitar $44 bilion (~RM191.6 bilion). Pembelian Twitter ini sekaligus menjadikan platform ini menjadi sebuah syarikat persendirian.

Untuk pengetahuan, pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk ini bermula dengan ura-ura selepas berjaya menjadi pemegang saham platform berkenaan.

Beliau kemudiannya mulai menunjukkan minat terhadap Twitter dengan memberi bayangan bakal membuka potensi yang lebih besar buat Twitter sekiranya berjaya memilikinya. Antara yang dijanjikan kepada umum adalah penawaran free speech serta mahu mengatasi masalah bot berbentuk spam.

Pembelian terbaru beliau ini sekaligus meletakkan Twitter bersama Tesla, Space X dan The Boring Company di mana kesemuanya merupakan syarikat di bawah kendalian beliau. Dilaporkan proses pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk ini dijangka bakal diselesaikan sepenuhnya sekitar tahun ini bergantung kepada pengesahan pelbagai pihak.

Pastinya ramai yang sedang menantikan apakah yang akan ditawarkan Elon Musk selepas berjaya menjadi pemilik kepada platform ini.

Ketahui cara mudah menukar duit raya di lokasi ATM Maybank terpilih dengan klik pautan di bawah.

Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar