Perkhidmatan e-hailing seperti Grab sering menjadi pilihan ramai sebagai alternatif pengangkutan untuk bergerak ke suatu lokasi. Namun, kita telah mendengar beberapa kes gangguan daripada pemandu terhadap penumpang yang dibawa.

Terbaharu, Grab kini menguji sebuah ciri baharu dinamakan AudioProtect. Menerusinya, ciri ini mengaktifkan sokongan mikrofon pada telefon pintar sekaligus boleh merakam audio semasa perjalanan yang anda naiki menggunakan Grab sebagai perlindungan tambahan.

Sumber Gambar: Grab/a>

Ciri ini dilancarkan secara rasminya pada Oktober kelak. Buat masa ini, Grab AudioProtect diuji dalam bentuk beta dikalangan segilintir pengguna di Johor Bahru dan Pulau Pinang. Grab memaklumkan rakaman akan dipadamkan selepas 10 hari jika tiada sebarang insiden dilaporkan.

Rakaman yang dilakukan juga akan disulitkan dan tidak boleh didengar balik oleh sesiapa selepas sesuatu perjalanan perjalanan melainkan sesuatu insiden dilaporkan dan bakal digunakan untuk tujuan siasatan.

Sumber Gambar: Grab/a>

Sebaik sahaja ciri diaktifkan, rakaman akan dijalankan secara automatik setiap kali anda menaiki Grab. Menerusi FAQ, Grab menyatakan rakaman akan dilakukan sekiranya kedua-dua pemandu dan juga pengguna mengaktifkan ciri tersebut.

Bagi anda yang berada di Johor dan Pulau Pinang, kini boleh menyemak sama ada ciri ini telah diaktifkan untuk anda atau tidak. Semua pengguna dijangka akan dapat menggunakannya menjelang Oktober kelak.

Selain itu, Apple dijangka akan menyertakan ciri sambungan satelit supaya boleh menghantar mesej dan menghubungi pihak berkuasa sewaktu kecemasan.

Apple iPhone 14 Dijangka Bakal Hadir Dengan Ciri Sambungan Satelit

Maybank2U Hadir Dengan Ciri Menetapkan Had Transaksi Pembayaran FPX Harian

Sumber