Pihak Grab sangat mengambil berat terhadap kebimbangan para pemandu Grab, berikutan dengan penguatkuasaan peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan pada aplikasi servis e-hailing negara yang akan dikuatkuasakan bermula 12 Julai ini.

Dengan itu, pihak Grab telah mengumumkan fasa pertama dengan memperkenalkan Pakej Pikul Bersama yang akan ditawarkan kepada para pemandu Grab yang bertujuan untuk membantu mereka menanggung bebanan kos yang mahal untuk mematuhi peraturan e-hailing.

grab

Pakej Pikul Bersama untuk fasa pertama ini mempunyai 3 langkah pendaftaran yang perlu diikuti oleh para pemandu e-hailing.

Langkah pertama yang perlu diikuti oleh para pemandu ialah mereka perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu untuk memenuhi syarat pada borang JPJL8A bagi pemeriksaan kesihatan untuk permohonan lesen PSV.

Untuk memudahkan pemandu, pihak Grab telah memberi subsidi perubatan yang akan dibayar kembali kepada mereka sehingga RM20. Grab juga turut menyenaraikan beberapa panel klinik yang terpilih di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Langkah kedua pula, bagi pemandu yang memiliki kenderaan yang berusia lebih dari 3 tahun, mereka harus melalui pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu. Jangan risau, pihak Grab telah menyediakan panduan untuk pendaftaran MyPuspakom di sini. Grab juga akan membayar kembali kos sepenuhnya untuk pemeriksaan awal yang dikenakan dengan jumlah RM70.

Manakala untuk langkah ketiga pula, para pemandu perlu hadir latihan untuk pemilikan lesen PSV untuk memastikan para pemandu mempunyai lesen pemanduan yang sah disisi undang-undang pengangkutan jalan raya. Kos latihan untuk pemilikan lesen PSV ini juga turut ditanggung oleh pihak Grab dengan membayar balik jumlah maksima RM50 kepada para pemandu.

Namun, untuk mengikuti fasa pertama Pakej Pikul Bersama yang ditawarkan oleh Grab ini, para pemandu harus mengetahui dan menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Grab terlebih dahulu.

terma dan syarat

Buat kesemua para pemandu e-hailing, anda boleh melayari laman rasmi Grab untuk mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh pihak mereka bagi mengurangkan bebanan kos yang akan ditanggung oleh anda setelah peraturan baharu dikuatkuasakan nanti.