Generasi Z Dilaporkan Paling Banyak Menghabiskan Masa Bersama Telefon Pintar Sepanjang Pandemik

Telefon pintar telah menjadi sebagai alat utama bagi melakukan pelbagai aktiviti di dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi yang menyebabkan ketagihan telefon pintar sekiranya tidak dikawal dengan sebaiknya.

Menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh laman analisis SimpleTexting terhadap pengguna di Amerika Syarikat, mereka mendapati Generasi Z yang lahir antara tahun 1995 hingga 2010 adalahyang paling ramai menghabiskan mereka bersama telefon pintar dengan peratusan 76.3%.

Sumber Gambar: SimpleTexting

Selepas itu, ia disertai oleh golongan Milenium atau dikenali sebagai Generasi Y yang dilahirkan antara tahun 1980 hingga 1994 dengan kadar peratusan 67.3% serta Generasi X yang lahir antara tahun 1960 hingga 1979  dengan kadar peratusan 66.7%. Akhir sekali, Baby Boomers yang lahir pada tahun  1940 hingga 1959 dengan peratusan 51.6%.

Sumber Gambar: SimpleTexting

Sementara itu, majoriti mereka yang berkerja pada ketika ini menyatakan bahawa lebih cenderung menghabiskan masa bersama telefon pintar sejak bermulanya pandemik. Secara purata, 1 daripada 3 responden yang  terlibat di dalam kaji selidik ini mengakui masa yang dihabiskan pada skrin telefon telah menyumbang kepada masalah terhadap kerja dan kehidupan peribadi.

Perkara ini telah menjadi sangat serius dan mendorong kepada masalah kesihatan mental kepada penggunanya. Antara penyumbang kepada masalah ini adalah daripada media sosial yang menyebabkan golongan ini tidak produktif. Tempoh penggunaan telefon pintar perlu dihadkan bagi memastikan tanggungjawab individu boleh dilaksanakan dengan baik.

Kajian Kapersky juga mendapati pelajar di negara-negara Asia kurang selesa belajar secara dalam talian kerana menghadap skrin peranti dalam tempoh yang lama.

Kaspersky Menyatakan Pelajar Di Negara-Negara Asia Kurang Selesa Belajar Secara Dalam Talian

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

Sumber
Exit mobile version