Kriptowang sering kali menjadi pilihan segelintir pelabur dalam meraih jumlah pulangan yang tinggi. Mampu meningkat sehingga berlipat ganda dalam tempoh kurang daripada setahun antara yang membuatkan pelaburan ini dilihat ‘manis’ buat mereka yang mahukan pulangan yang pantas.

Situasi yang sama turut dijadikan pilihan buat YouTuber popular Jake Paul di mana beliau memilih untuk melabur semua wangnya dalam kriptowang berikutan keyakinan beliau yang tinggi terhadap pulangannya yang berlipat ganda kelak.

Dalam pada itu, nasib YouTuber ini nampaknya tidak menyebelahi dirinya apabila crypto crash yang berlaku pada ketika ini membuatkan aset kriptowang beliau jatuh sehingga 72% daripada jumlah yang dilaburkan.

Untuk pengetahuan, Jake Paul berjaya meraih pendapatan sekitar $40 juta (~RM176 juta) menerusi perlawanan tinju yang disertai dan dimenangi di mana beliau telah melabur semuanya kepada aset kriptowang.

Bukan itu sahaja, Jake Paul yang kecewa dengan kejatuhan harga kriptowang baru-baru ini turut menyalahkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikutan crypto crash yang berlaku sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

Dalam pada itu, nasib Jake Paul mungkin berubah selepas Mike Tyson selaku legenda dalam dunia tinju memberi bayangan untuk bakal berentap bersama beliau dalam perlawanan yang dilabel sebagai ‘300 million dollar fight’ yang bakal berpeluang Jake Paul untuk meraih wangnya semula.

Sumber: the mirror

Insiden yang menimpa Jake Paul diharap menjadi pengajaran buat para pelabur agar tidak melabur semuanya dalam satu jenis instrumen pelaburan sahaja. Sebaliknya, membahagikan wang yang mahu dilaburkan kepada beberapa aset pelaburan yang lain dalam menjamin portfolio yang lebih seimbang serta mengurangkan risiko.

Tular pada minggu lalu apabila Bill Gates melabelkan NFT merupakan sebuah penipuan yang didukung oleh orang yang bodoh sahaja.

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia