Bermula pembukaan sempadan pada 1 April, kerajaan Malaysia sangat giat berurusan dengan sejumlah negara dalam mendapatkan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 untuk warga tempatan mengunjungi ke negara tertentu dengan mudah. Proses ini sudah pun bermula di Thailand yang kini mengiktiraf rasmi sijil vaksinasi di aplikasi MySJ.
Terbaharu, sijil vaksinasi digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera kini diperakui oleh Kesatuan Eropah (EU) menerusi Pensijilan Digital Covid EU. Berita baik ini telah dikongsikan oleh Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas dalam ciapannya di Twitter.
Some great news: The EU 🇪🇺 has accepted Malaysia 🇲🇾 @officialmosti request for establishing the equivalence between EU’s Digital Covid Certificate and Malaysia’s MySejahtera. A booster for business and tourism! @KKMPutrajaya @Khairykj @MalaysiaMFA https://t.co/WFwa7wjSVQ pic.twitter.com/kj78PxZ0pZ
— Michalis Rokas (@MichalisRokasEU) April 4, 2022
“EU telah menerima permintaan Malaysia untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil Covid Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Ia juga menjadi faktor penggalak untuk perniagaan dan pelancongan,” menurut beliau menerusi ciapan yang dibuat.
Dengan ini, para pelancong dari Malaysia dan negara Kesatuan Eropah boleh menunjukkan sama ada aplikasi MySejahtera atau pun aplikasi Digital COVID Certificate sebagai cara untuk mengesahkan seseorang telah divaksinasi sebelum memasuki ke negara berkenaan.
Keputusan ini juga rasmi dan berkuat kuasa bermula 4 April 2022 dan sekaligus membolehkan rakyat Malaysia untuk menggunakan sijil vaksinasi digital di dalam MySejahtera di negara-negara Kesatuan Eropah, dalam masa yang sama membenarkan pelancong dari Eropah untuk menggunakan EU Digital COVID Certificate di Malaysia.
Sementara itu , YB KJ juga bakal memutuskan sama ada imbasan MySejahtera masih diperlukan atau tidak dalam tempoh sebulan lagi.
YB KJ Bakal Tentukan Imbasan MySejahtera Masih Diperlukan Atau Sebaliknya Dalam Sebulan Lagi
Jumlah ‘Check In’ MySejahtera Dilaporkan Menurun Sebanyak 25% Sejak Jumaat Lalu