Kita sudah pun melihat siri iPhone 14 baru-baru ini dan Apple sudah menjangkakan siri kali ini bakal laku keras berbanding sebelumnya. Dengan populariti yang kian meningkat, semakin ramai orang berlumba-lumbah mahu menjadi pemilik terawal.
Menerusi sebuah laporan SCMP, laman web rasmi dan servis dalam talian Apple telah mengalami masalah akses sejak bermula pra-tempahan siri iPhone 14 dibuka di China. Hal ini berlaku ekoran laman tersebut diserbu oleh orang ramai yang berebut untuk mendapatkan tempahan siri iPhone terbaharu ini.
Permintaan yang terlampau tinggi untuk model iPhone 14 versi Pro juga memberi kesan kepada tempoh penghantaran yang mencapai sehingga tujuh minggu lamanya. Secara keseluruhannya, terdapat jangkaan sebanyak 2 juta tempahan untuk peranti iPhone 14 dan iPhone 14 Pro.
Perkara ini turut dibincangkan oleh pengguna China menerusi Weibo yang merungut dengan laman web Apple yang tidak boleh diakses sewaktu cuba membuat pra-tempahan iPhone 14 yang diminati. China kini sudah mulai menjadi salah satu pasaran terbesar Apple.