Dropee merupakan sebuah syarikat startup tempatan yang menawarkan perkhidmatan edagang B2B untuk pasaran borong. Kehadiran platform Dropee mampu membantu perniagaan borong mendigitalkan dagangan beserta pengurusan tempahan lebih-lebih lagi dengan peralihan pelbagai pihak ke arah digital selepas berlakunya penularan wabak COVID-19.

Terbaharu, syarikat Dropee telah mengumumkan bahawa berjaya mengumpul sebanyak RM29.3 juta dalam pembiayaan Siri A yang diterajui oleh pelabur sebelumnya, iaitu Vynn Capital dalam membantu mendigitalkan perniagaan kecil. Pengumpulan dana Siri A Dropee juga menyaksikan penyertaan daripada beberapa syarikat baharu dari serantau Asia.

Sumber Gambar: The Edge Markets

Dalam tempoh lima sejak ia diperkenalkan, Dropee telah berjaya membuktikan sebagai salah satu pasaran e-commerce borong B2B yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan memberi perkhidmatan di pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Malah, syarikat ini juga lebih menfokuskan untuk mengukuhkan lagi kedudukan di pasaran sedia ada dengan menyediakan lebih banyak perkhidmatan baharu seperti perkhidmatan edagang, sokongan kewangan dan pasukan khas bagi mempromosikan Dropee dengan lebih meluas.

Sumber Gambar: vynn capital

Ketua Pengawai Eksekutif Dropee, Lennise NG turut memaklumkan suntikan dana daripada Siri A ini boleh menggandakan lagi usaha mereka untuk membantu perniagaan tempatan mikro dan kecil untuk menggunakan penyelesaian digital tersebut.

Ini termasuklah dapat menggurangkan kos operasi mereka, mempunyai lebih banyak akses sokongan pembiayaan dan meningkatkan jangka hayat perniagaan mereka. Malah, Dropee turut sedia memberikan servis kepada peruncit tempatan dengan merasai pengalaman baharu dalam menyimpan stok dengan lebih baik, pantas dan murah.

Sumber Gambar: Linkedin

Menariknya, sebahagian pembiayaan dana juga boleh membantu syarikat Dropee menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk membangunkan sebuah engin cadangan produk yang boleh dipakai oleh peruncit kecil kelak. Jadi, selepas ini para penjual boleh menawarkan barangan yang bersesuaian mengikut kemahuan pelanggan semasa.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2017 yang mana sudah membantu sekitar 80,000 perniagaan kecil dan sederhana dalam mendigitalan operasi bisnes dengan lebih efisen dan efektif. Dropee juga turut berjaya buat julung kalinya tersenarai dalam Forbes Asia 100 to Watch list pada tahun lalu.

Sebelum ini, syarikat Carsome sudah muncul sebagai Startup Unicorn pertama di Malaysia dan kini semakin banyak syarikat tempatan mengikuti langkah mereka.

https://www.thevocket.com/mudahkan-urusan-jual-beli-kereta-ini-caranya-carsome-muncul-sebagai-startup-unicorn-pertama-malaysia/

Grab Raikan Detik Bersejarah Dengan Penyenaraian Syarikat Bernilai RM167 Bilion Di NASDAQ