Sebuah berita yang mengagumkan dalam industri kewangan digital tempatan apabila senangPay selaku penawar platform pembayaran tempatan berjaya didapatkan oleh DOKU, platform pembayaran dari Indonesia dengan nilai $7.5 juta (~RM33.38 juta).

Pemilikan senangPay oleh DOKU ini sekaligus menandakan langkah awal DOKU dalam meluaskan rangkaian dan jumlah pengguna merentasi pelbagai cabang bisnes sekitar Asia Tenggara.

Menerusi pemilikan yang dibuat DOKU, senangPay dilaporkan sedia meluaskan jaringan daripada menawarkan platform pembayaran kepada penawaran e-wallet, pengiriman wang, penghantaran wang secara offline dan sebagainya.

Sumber: trendtech

Untuk pengetahuan, syarikat dengan nilai 8 angka ini mulai ditubuhkan pada tahun 2015 dan dikelolakan oleh Simplepay Gateway Sdn Bhd serta turut didaftarkan bersama Bank Negara Malaysia sebagai penawar servis yang sah.

Syarikat ini bertanggnugjawab dalam membantu pengguna di Malaysia menerima bayaran menerusi pelbagai kaedah bayaran terdiri daripada kad kredit, debit, bayaran secara dalam talian menerusi bank dan juga sokongan beberapa e-wallet terkemuka Malaysia.

Sehingga kini, syarikat ini dilaporkan telah digunakan lebih 15,000 peniaga seluruh Malaysia.

Tular pada minggu lalu apabila BNM meluahkan rasa khuatir kebanjiran skim BNPL bakal membuatkan para pengguna berbelanja melebihi kemampuan.

BNM Khuatir Kebanjiran Skim ‘Buy Now Pay Later’ Bakal Buat Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan

5 Android TV Terbaik Dan Mampu Milik Yang Boleh Didapatkan Serendah RM1,299 Sahaja

Sumber