Disney+ merupakan salah satu servis platform penstriman popular yang digunakan di seluruh dunia. Pada suku kedua didapati sedikit perlahan untuk jumlah langganan namun kini mereka berjaya meningkatkan jumlah langganan melepasi jangkaan Wall Street.

Menerusi laporan CNBC, Disney memaklumkan jumlah pelanggan di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 116 juta berbanding tahun sebelum ini yang hanya sekitar 57.5 juta sahaja. Penyelidik menjangkakan Disney+ bakal mencapai matlamat mereka untuk mempunyai jumlah pelanggan sebanyak 260 juta pada tahun 2024 kelak.

vocket-tech-marvel-1
Sumber Gambar: Android authority

Antara punca Disney+ boleh mendapatkan sebilangan besar pelanggan baru pada suku ketiga tahun ini oleh kerana pengguna baru yang berdaftar ingin menonton rancangan bersiri keluaran Marvel Studio serta konten eksklusif yang hanya ditayangkan melalui platform tersebut.

Walaupun terdapat pesaingan yang mencabar dalam pasaran, Disney+ telah membuktikan kejayaan jumlah langganan melebihi 100 Juta selepas beroperasi di dalam tempoh 16 bulan sahaja. Dikhabarkan Disney+ bakal melebarkan sayapnya ke lebih banyak negara pada tahun ini.

Dalam pada itu, Disney+ telah difailkan saman oleh pelakon utama Black Widow, Scarlett Johannson setelah menyebabkan kerugian lebih RM200 Juta.

https://www.thevocket.com/rugi-lebih-rm200-juta-scarlett-johansson-mahu-saman-disney-selepas-black-widow-ditayangkan-di-disney/

https://www.thevocket.com/marvel-studios-kongsi-klip-eksklusif-loki/

Sumber