Pada bulan Ramadan ini, umat Islam berlumba-lumba mahu melakukan pelbagai kebaikan. Hal ini turut membuatkan aplikasi Islamik pada peranti peribadi menerima jumlah muat turun yang tinggi.
Terbaharu, Google dilaporkan telah mengharamkan beberapa aplikasi yang didapati mengandungi kod sumber yang mengambil dan menyimpan data pengguna tanpa kebenaran. Berikut merupakan senarai 11 aplikasi Android yang didapati mengumpul data pengguna tanpa kebenaran.
Berdasarkan hasil kajian penyelidik AppCencus aplikasi-aplikasi ini bertindak mengumpul data pengguna Android termasuklah nombor telefon, alamat e-mel, data GPS, SSD router dan IMEI peranti.
Sebanyak empat dari 11 aplikasi terdiri daripada Al-Moazin Lite, Qibla Compass, Al Quran MP3 dan Full Quran MP3 yang dikesan mempunyai malware atau kod hasad serta digunakan berpuluh juta umat Islam di seluruh dunia. Kod sumber ini dibangunkan oleh sebuah syarikat daripada Panama bernama Measurement System S. de R.L.
Syarikat yang membangunkan kod hasad ini juga mempunyai kaitan dengan syarikat kontraktor pertahanan yang berpangkalan di Virginia yang juga dikenali sedia berkerjasama bersama pelbagai badan intipan dan agensi sekuriti kebangsaan. Kod ini berjaya ditemui sewaktu penyelidik melakukan audit mengenai kerentenan yang sering hadir di dalam aplikasi Android.
Lebih mengejutkan, ia telah dilaporkan bahawa Measurement Systems telah membayar pihak pembangun aplikasi tersebut untuk memasukkan kod SDK itu ke dalam aplikasi mereka. Hal ini dapat memudahkan lagi syarikat tersebut mengumpul data peribadi pengguna.
Sekiranya anda sudah memuat turun aplikasi Islamik yang dinyatakan di atas, sebaiknya anda membuang aplikasi tersebut terlebih dahulu. Pihak Google akan melakukan semakan lanjutan untuk mengesahkan keselamatan aplikasi di platform Android.
Pada tahun lalu, Google juga berjaya mengesan sejumlah aplikasi merbahaya yang mana berkemampuan membuat langganan bulanan premium tanpa pengetahuan pengguna.
8 Aplikasi Mengandungi Virus Merbahaya Pengguna Android Perlu Buang
4 Juta Data Rakyat Malaysia Terdedah Dan Diiklankan Dengan Harga Sekitar RM35,500