John Terry sememangnya bukan nama asing lagi di peringkat antarabangsa berikut berjaya muncul sebagai salah seorang bola sepak profesional yang disegani dan masih berkhidmat sebagai jurulatih profesional ketika ini. Jika sebelum ini Melania Trump sedia menawarkan NFT dengan harapan dapat mengaut keuntungan, kini ikon bola sepak ini turut tidak terkecuali.

John Terry telah melancarkan sebuah koleksi NFT tersendiri yang dikenali sebagai Ape Kids Football Club yang sedia dijual dengan harga purata sekitar $656 (~RM2,744.70) dan kini dilihat menjunam sehingga 90%. Perkara ini sangat mengejutkan kerana baru sahaja dilancarkan pada bulan lalu.

Sumber Gambar: Games News 24

Malah, dikatakan beberapa pemain seperti Ashely Cole dan Abraham yang sebelum ini turut mempromosikan koleksi NFT ini juga sudah pun memadamkan hantaran mengenainya secara senyap-senyap ekoran dianggap sebagai skim kontroversi. Malah, sektor ini juga dilihat tidak dikawal mengikut undang-undang serta menjadi subjek kritikan hebat.

Sementara itu, para peminat yang juga menyertai trend ini sedia mendapatkan sebahagian NFT ini seperti bintang-bintang sukan yang diminati kini mengalami kerugian besar dalam pelaburan mereka.

Masalah ini juga berhubung dengan laporan bahawa Liga Perdana sedang membuat penjanjian mereka sendiri untuk melancarkan koleksi NFT sendiri dengan melibatkan 20 kelab bola sepak. Sejak bulan Januari lagi, pihak Liga Perdana telah meminta John Terry untuk mengeluarkan gambar trofi Liga Perdana daripada NFT bekuay kerana melanggar akta harta intelek.

Selain itu, lencana Chelsea serta gambar mana-mana trofi FA dan UEFA juga perlu dipadam daripada koleksi Ape Kids Football Club yang membuatkan lebih ramai pemilik memilih untuk menarik diri dalam mempromosikan NFT tersebut kerana khuatir dengan pelbagai kontroversi padanya.

Sebelum ini juga, Ukraine sedia melancarkan koleksi NFT mereka dalam usaha meningkatkan dana negara tersebut.

Ukraine Bakal Lancarkan NFT Dalam Usaha Meningkatkan Dana Negara

Kumpulan Sukarelawan Ukraine Berjaya Kumpul Bitcoin Bernilai RM16.8 Juta Sejak Pencerobohan Rusia

Sumber