Perang antara Ukraine dan Rusia sememangnya sedia menelan kos yang sangat tinggi terutamanya dalam membekalkan peralatan serta keperluan ketenteraan yang sangat mahal. Perkara ini bertambah serius apabila negara Ukraine terpaksa melawan satu tentangan kuasa besar dunia iaitu Rusia.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov menerusi akaun Twitter rasmi beliau telah mengumumkan keputusan melancarkan NFT untuk menyokong misi ketenteraan negara tersebut. Inisiatif ini juga diambil ekoran wujud penipuan apabila derma yang disalurkan menggunakan kriptowang.

Kesan daripada tindakan itu, dana yang telah dicuri oleh pihak ketiga yang menyamar sebagai orang tengah untuk salurkan ke kerajaan Ukraine. Penggunaan kripto sangat diminati oleh sebahagian pihak kerana identiti lebih terlindung serta rekod transaksi yang privasi daripada diakses oleh orang luar.

Bagaimanapun, banyak juga pihak yang mengambil kesempatan atas kemudahan ini sekaligus menyebabkan ia sukar untuk digunakan pada sesetengah negara kerana tiada jaminan sumber kriptowang yang disalurkan adalah untuk tujuan positif atau sebaliknya. Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah NFT yang digunakan untuk peperangan.

Tahukah anda terdapat sekumpulan sukarelawan Ukraine yang berjaya mengumpul Bitcoin bernilai RM16.8 Juta bagi tujuan ketenteraan dan sebagainya?

Kumpulan Sukarelawan Ukraine Berjaya Kumpul Bitcoin Bernilai RM16.8 Juta Sejak Pencerobohan Rusia

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Sumber