Windows 11 sudah mula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna mulai 5 Oktober yang lalu. Namun begitu, komputer yang menggunakan cip pemprosesan AMD mungkin akan terkesan dari segi prestasi menerusi kemas kini Windows 11.
Hal ini telah diutarakan oleh pihak AMD sendiri di mana mereka mendapati terdapat penurunan prestasi apabila menggunakan sistem operasi Windows yang terbaharu. Dianggarkan penurunan prestasi sehingga 15%.
Di samping itu, AMD mengatakan bahawa kemas kini perisian yang sedang dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut bakal ditawarkan paling awal pada penghujung bulan Oktober ini. Dikatakan hal ini berlaku ekoran core dalaman tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan.
Oleh itu, bagi anda yang mempunyai komputer menggunakan cip pemprosesan AMD, dicadangkan agar menangguhkan dahulu kemas kini Windows 11 berkenaan. Anda perlu menunggu kemas kini perisian yang bakal ditawarkan oleh pihak AMD kelak untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lancar.
Tahukah anda baru-baru ini Telegram berjaya menerima 70 juta pengguna baharu ekoran kegagalan akses ke Facebook pada tempoh hari yang lalu.
Gara-Gara Facebook Gagal Diakses, Telegram Berjaya Terima 70 Juta Pengguna Baharu
Twitter ‘Gembira’ Selepas Facebook, Instagram Dan WhatsApp Gagal Diakses Pengguna