Kad grafik merupakan sebuah komponen yang mahal dan wajib diambil berat agar boleh menjalankan sebarang perisian atau tugasan berat dengan lancar. Terdapat beberapa pilihan kad grafik berbaloi yang anda boleh pertimbangkan untuk setup PC masing-masing.

Malah, pemilihan kad grafik yang betul merupakan satu pelaburan dalam mendapatkan prestasi yang bagus menerusinya. Oleh itu, mari kita lihat beberapa pilihan kad grafik berbaloi didapatkan untuk setup PC bagi kegunaan seharian yang lancar baik untuk suntingan mahupun bermain game.

1. AMD Radeon RX580

Sumber Gambar: Shopee

Ini merupakan pilihan kad grafik yang paling murah anda boleh dapatkan di pasaran untuk kegunaan seharian. Walaupun sudah berusia lima tahun, kad grafik ini masih mampu menawarkan prestasi yang optimum untuk menjalankan kerja design atau suntingan video dengan lancar kerana mempunyai memori GDDR5 8GB RAM.

Menariknya, bukan sahaja bagus untuk kerja-kerja profesional, malahan boleh digunakan untuk tujuan gaming yang mana mampu menawarkan pengalaman permainan VR yang baik serta menyokong sejumlah permainan terkemuka dengan resolusi 1440p sehingga mencapai lebih 60FPS.

Sekiranya anda berminat dengan kad grafik AMD Radeon RX580, kini boleh didapatkan pada harga RM548 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang AMD Radeon RX580

2. NVIDIA GeForce GTX 1660 Super

kad grafik berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Jenama ASUS turut menawarkan sebuah kad grafik mampu milik iaitu NVIDIA GeForce GTX 1660 Super. Kad grafik ini mampu menawarkan prestasi mengagumkan dan turut dilengkapi teknologi grafik Turing untuk memberikan prestasi tinggi dalam kerja-kerja rendering atau permainan pada resolusi 1080P.

Di samping itu, kad grafik GTX 1660 Super ini dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk untuk memberikan prestasi optimum sepanjang penggunaan menerusinya. Dengan penggunaan memori DDR6, ia menghasilkan peningkatan  dalam kelajuan memori mencapai 14Gbps yang mana sepantas VRAM dalam RTX 2080TI.

Anda boleh dapatkan NVIDIA GeForce GTX 1660 Super pada harga RM1,000 melalui Shopee.

Beli Sekarang NVIDIA GeForce GTX 1660 Super

3. AMD Radeon 6600 XT

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, kad grafik keluaran AMD siri Radeon 6600 XT ini dibuat khas untuk gamer yang mahukan prestasi cemerlang pada resolusi 1080P.  Ini bermaksud kad grafik ini sememangnya mampu menjalankan sebarang permainan moden dengan lancar dalam masa yang sama boleh digunakan untuk tugasan-tugasan kritikal.

Kad grafik ini hadir dengan sejumlah ciri menarik seperti AMD FidelityFX, AMD Infinity Cache 32MB, Smart Access Memory dan VRAM GDDR6 8GB untuk memenuhi keperluan perisian dan gaming yang berat masa kini. Sistem penyejukan yang hadir juga adalah lebih cekap dan tahan lasak untuk penggunaan jangka masa panjang.

Kini kad grafik keluaran AMD sedia ditawarkan pada harga RM1,599 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang AMD Radeon 6600 XT

4. NVIDIA GeForce RTX 3060TI

kad grafik berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

NVIDIA GeForce RTX 3060TI ini merupakan kad grafik rebutan ramai ketika kerana hadir dengan teknologi grafik terkini pada harga berpatutan. Spesifikasi dalaman hadir dengan 4864 teras CUDA, kelajuan asas 1.4GHz dan Boost Clock setinggi 1.67GHz dan menggunakan memori GDDR6 sebanyak 8GB.

Kad grafik ini mengekalkan penggunaan kipas dengan konfigurasi push-pull serta hadir dengan pilihan port video yang cukup banyak termasuklah tiga palam DisplayPort 1.4a dan satu palam HDMI 2.1. Dari segi prestasi,  kad grafik ini boleh menggerakkan permainan pada resolusi 1440P dengan refresh rate 60FPS pada tetapan yang maksimum.

Anda boleh dapatkan kad grafik serba canggih pada harga RM2,119 melalui Shopee.

Beli Sekarang NVIDIA GeForce RTX 3060TI

5. NVIDIA GeForce RTX 3080 TI

Sumber Gambar: Shopee

Buat anda yang mempunyai bajet besar dan mahu setup PC yang lebih overkill, ini pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan seharian yang komprehensif. Dalam siri ini, GeForce RTX 3080 Ti ini mampu menawarkan prestasi lebih baik terutamanya untuk resolusi permainan 4K dan pelbagai skrin.

RTX 3080Ti ini didatangkan dengan cecair penyejuk dengan dua kipas untuk prestasi maksimum serta mengekalkan suhu pada tahap minimum. Malah, ciri terkini lain yang disertakan adalah seperti NVIDIA Deep Learning Super Sampling (DLSS), memori berkelajuan tinggi 12GB GDDR6X, G-Sync dan banyak lagi.

Kini anda boleh dapatkan kad grafik bangsawan pada harga RM6,099 menerusi Shopee.

Beli Sekarang NVIDIA GeForce RTX 3080 TI

Berdasarkan senarai di atas, pilihan kad grafik berbaloi adalah NVIDIA GeForce GTX 1660 Super yang mana masih mampu menawarkan prestasi yang baik seakan kad grafik pada masa kini. Ditambah pula dengan harga yang mampu milik, tidak hairanlah kad grafik ini masih menjadi buruan pengguna pada masa kini.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda membuat pemilihan kad grafik yang mampu menjalankan pelbagai perisian berat secara lancar. Malah, kad grafik yang dinyatakan di atas juga mempunyai permintaan tinggi sekiranya anda mahu menjual pada masa kelak.

Sementara itu, anda juga perlu mengetahui empat perkara penting berkaitan SSD sekiranya mahu membeli untuk laptop dan komputer pada masa kelak.

4 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendapatkan SSD Bagi Laptop Dan Komputer

Lelaki Ini Kongsikan Tips Pemilihan Skrin Telefon Yang Bersesuaian Dengan Keperluan Anda

Sumber