Sejak PdPR diperkenalkan, pastinya ramai ibu bapa yang sudah menyediakan sekurang-kurangnya satu peranti buat anak-anak dalam memudahkan proses pembelajaran. Dalam pada itu, penawaran telefon pintar yang diberikan sekaligus mendedahkan risiko kepada pembelian aplikasi oleh anak-anak. Sebagai langkah berjaga-jaga para ibu bapa perlu mengetahui cara menyekat pembelian dalam aplikasi para peranti yang digunakan anak-anak.

Lumrah kanak-kanak apabila mendapat telefon pintar pasti mereka akan memuat turun aplikasi permainan yang terkenal untuk bermain bersama rakan sebaya. Lebih-lebih lagi apabila majoriti permainan menawarkan pelbagai kelebihan kepada pemain yang berbelanja menerusi In-app purchase.

cara sekat pembelian aplikasi
Sumber Gambar: Abacus

Lebih membimbangkan lagi adalah mereka bebas membelanjakan pada sebarang jumlah tanpa had di dalam aplikasi tersebut. Sudah sering kali kita melihat berita ibu bapa menanggung kerugian yang besar kesan daripada pembelian di dalam aplikasi oleh anak mereka. Berikut merupakan cara menyekat pembelian di dalam aplikasi daripada anak-anak di Android dan iOS.

Cara sekat pembelian dalam aplikasi di Android

1. Pergi Google Play Store dan tekan ikon akaun dan pilih Setting.

cara sekat pembelian aplikasi
Sumber Gambar: Aplikasi Google Play Store

2. Tekan Authentication, klik Require authentication for purchases dan pilih For all purchases through Google Play on this device.

vocket-tech-cara-elak-3-baru
Sumber Gambar: Aplikasi Google Play Store

3. Pada bahagian Authentication juga boleh aktifkan Biometric authentication untuk pengesahan imbasan wajah atau cap jari sebelum pembelian di dalam aplikasi.

cara sekat pembelian aplikasi
Sumber Gambar: Aplikasi Google Play Store

Menerusi tindakan yang dibuat, setiap transaksi yang dilakukan memerlukan imbasan cap jari atau muka yang pasti lebih terjamin untuk pemantauan. Maka, anak-anak perlu meminta kebenaran terlebih dahulu sekiranya mereka ingin beli sesuatu menerusi telefon pintar tersebut.

Cara sekat pembelian dalam aplikasi di iOS

Apple telah memperkenalkan fungsi Screentime bukan sahaja untuk mengawal tempoh penggunaan semata-mata malahan ia boleh menghalang sebarang pembelian tanpa izin di App Store.

1. Anda perlu pergi ke Setting dan klik pada Screen Time.

cara sekat pembelian aplikasi
Sumber Gambar: iOS

2. Tekan Content & Privacy Restrictions lalu klik untuk mengaktifkan.

vocket-tech-cara-elak-4-baru
Sumber Gambar: iOS

3. Selepas itu, tekan iTunes & App Store Purchases dan klik In-app Purchase.

vocket-tech-cara-elak-6
Sumber Gambar: iOS

4. Akhir sekali, klik Don’t Allow. Selepas ini, sebarang pembelian di dalam aplikasi akan disekat serta-merta.

vocket-tech-cara-elak-8
Sumber Gambar: iOS

Sebagai langkah pemantauan yang lebih terperinci terhadap anak-anak, ibu bapa boleh memuat turun Google Familiy Link secara percuma di Google Play Store dan App Store. Aplikasi ini berfungsi membuat pantauan aktiviti anak-anak di telefon pintar merangkumi aplikasi yang dipakai, laman web yang dilawati, tempoh digunakan dan sebagainya.

Kini anak-anak anda tidak boleh membuat sebarang pembelian di dalam aplikasi dengan sewenang-wenangnya. Hal ini dapat menggelakkan daripada kerugian ribuan ringgit seperti yang sering berlaku dan ianya bukan perkara yang mudah untuk mendapatkan semula sekiranya terjadi.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu tahu cara mengawal konten video di YouTube yang tidak bersesuaian daripada tontonan kanak-kanak.

5 Cara Kawal Video YouTube Daripada Tontonan Kanak-Kanak

5 Pilihan Aplikasi Belajar Untuk Anak Pra-Sekolah Terokai Sepanjang PKP