Canggih Dan Praktikal, Ladang Durian Di Batu Pahat Gunakan Dron Untuk Menyembur Racun Perosak

Di zaman serba canggih ini, dron sudah menjadi satu elemen penting dalam memudahkan urusan seharian malah sedia digunakan untuk skala yang lebih besar di dalam sebahagian industri.

Kini sebuah ladang durian seluas 700 ekar yang terletak di Batu Pahat dilaporkan telah menggunakan teknologi seperti dron untuk menyembur racun perosak. Malah, ladang ini juga dilengkapi sensor untuk mengambil bacaan tanah serta sistem renjisan yang boleh memancutkan baja dengan sentuhan butang sahaja.

Sumber Gambar: The Star

Di dalam pasaran dunia di Asia Tenggara, Top Fruits Plantations telah beralih kepada kaedah berteknologi tinggi untuk meningkat jumlah pengeluarannya. Difahamkan dengan kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penghasilan durian yang lebih konsisten dari segi bentuk, dan aroma yang lebih baik.

Menerusi teknologi yang digunakan, petani boleh mengukur dengan lebih tepat kuantiti baja dan air yang diperlukan oleh setiap pokok. Peranti sensor dimanfaatkan sehingga 400 ekar ladang lalu dipasang tiang dan disambungkan pada satu siri kabel di ladang Top Fruits, Batu Pahat.

Sumber Gambar: The Star

Sistem renjisan yang dipasang pada rangkaian paip yang diaktifkan dari jarak jauh untuk menyembur baje ke pokok manakala dron berlegar di sekitar untuk menyembur racun perosak. Top Fruits telah membelanjakan sekitar RM4 juta sejak tiga tahun lalu untuk teknologi tersebut.

Hasil yang berjaya didapatkan adalah 800 tan durian dari ladangnya pada setiap tahun dengan 80% tanaman dibekukan kilang untuk dieksport ke luar negara terutamanya di China. Gabungan dron, sistem renjisan dan peranti sensor yang mantap dilihat mampu membuahkan hasil yang lumayan buat pemilik ladang ini.

Sementara di Turki, sebahagian petani sudah memanfaatkan set kepala VR pada lembu ternakan dalam meningkatkan pengeluaran susu mereka.

Mahu Tingkatkan Pengeluaran Susu, Petani Di Turki Ini Pakaikan Set Kepala VR Pada Lembu

China Berjaya Hasilkan ‘Contact Lens’ Pintar Untuk Memantau Tekanan Mata Dan Glaukoma

Sumber
Exit mobile version