Sebuah pasukan saintis dari China dilaporkan berjaya menghasilkan sebuah contact lens pintar yang menfokuskan untuk memantau kadar tekanan pada mata serta mampu mengubati penyakit glaukoma dengan menyediakan ubat yang diperlukan.

Teknologi contact lens pintar ini telah dibangunkan di Sun Yat-Sen University yang mana boleh digunakan untuk pemantauan tekanan pada mata sebelum pembedahan dan juga digunakan untuk menyediakan ubat selepas pembedahan.

Sumber Gambar: SCMP

Untuk makluman, glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Jika tidak dirawat dan diubati, ia boleh mendorong kepada masalah buta yang kekal.

Berdasarkan ujian yang dilakukan pada mata arnab dan juga babi, ia memperlihatkan hasil keputusan yang boleh memantau kadar sensitif serta mengawal kadar tekanan mata. Setakat ini, contact lens tersebut masih belum diuji secara meluas terutamanya terhadap manusia.

Difahamkan pengeluaran contac lens ini boleh dilakukan dengan proses pengeluaran contact lens yang sedia. Maka, ini boleh mempercepatkan lagi penawaran secara meluas sekiranya contact lens ini sudah selesai diuji dengan jayanya pada masa kelak.

Pada awal tahun ini juga, penyelidik University Yale berjaya membangunkan lencana pengesan virus COVID-19 di udara.

Penyelidik University Yale Berjaya Bangunkan Lencana Pengesan Virus COVID-19 Di Udara

Saintis Jepun Hasilkan Pelitup Muka Yang Bercahaya Apabila Terdedah Kepada COVID-19