Jualan Mega 3.15 Shopee Malaysia sedang berlangsung dengan pelbagai penawaran produk pada harga yang sangat lumayan. Antara jenama yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia adalah joyami by TOKIT iaitu sebuah jenama perkakasan pintar yang akan menawarkan beberapa produk dapur pada harga yang sangat berbaloi pada kali ini.

Terdapat sejumlah empat peralatan dapur pintar yang akan dijual secara eksklusif menerusi kedai dalam talianyan di Shopee. Produk yang paling mampu milik adalah Joyami Tranparent Electric Kettle pada harga RM79 dan diikuti pula oleh joyami Smart Rice Cooker S1 akan mula dijual pada harga RM99 sahaja pada pelancaran kali ini.

Sumber Gambar: joyami

Selain itu, terdapat juga Joyami Induction Cooktop dengan potongan RM100, menjadikan harga penawaran pada promosi kali ini adalah RM299 sahaja. Akhir sekali, Joyami Multi-purpose Chef’s Pan akan dijual pada harga RM109Jika anda sedanh mencari beberapa produk perkakas dapur pintar sedemikian, kinilah peluang yang patut diambil oleh para pengguna.

Perkakas dapur pintar joyami mungkin kelihatan seperti produk lain tetapi mempunyai beberapa kelebihan padanya. Sebagai permulaan, periuk nasi pintar S1 didatangkan dengan  multi-fungsi mod memasak bagi memudahkan pengguna memasak pelbagai jenis makanan mengikut teknik yang betul langsung menjadikan ia lebih sedap untuk dinikmati.

Sumber Gambar: The Rakyat Post

Menariknya, semua pelarasan ini boleh dibuat dengan mudah menerusi aplikasi Mi Home dengan antara muka yang interaktif. Kemudian untuk kuali serbaguna ini, ia boleh mengalirkan haba dengan cepat atau sekata dengan rintangan suhu tinggi sehingga 200℃ disebabkan oleh bahagian bawah menggunakan komposit pengalir magnet keluli tahan lasak.

Untuk anda yang mahu membuat pembelian perkakasan dapur serba canggih ini, boleh pergi ke laman rasmi kedai dalam talian Shopee, joyami by TOKIT pada hari ini. Promosi ini hanya diadakan untuk 15 Mac ini sahaja, jadi rebutlah peluang sementara masih ada lagi.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui lima Smart TV terbaik dan berbaloi dengan harga bawah RM2,500 untuk dimiliki dengan klik pautan di bawah.

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Sumber