Sebut mengenai permainan FIFA yang tersedia pada pelbagai platform termasuk konsol pastinya ramai peminat bola sepak dan gamer cukup mengetahuinya.
Menawarkan gameplay yang menarik beserta sokongan permainan secara dalam talian antara yang membuatkan sejumlah besar para peminat sanggup menghabiskan masa yang panjang serta berbelanja besar menerusi game ini.
Terbaharu, tular di Twitter apabila seorang wanita yang dikenali sebagai @aliazaff tampil mengongsikan rakaman suami beliau yang berang sewaktu bermain FIFA sehingga menyebabkan TV di ruang tamu menjadi korban.
Kisah sedih ringkas semalam….. tiber takde TV for the next one month 🤣🤣🤣🤣🤣 Tu la sape suruh emo sgt main Fifa hahahahahahahaha pic.twitter.com/fGKJHj4l3Q
— Alia Zaferi (@aliazafff) April 9, 2022
Tindakan yang dilakukan suami beliau nyata mengejutkan para netizen melihatkan kepada keadaan TV gara-gara permainan FIFA. Tidak kurang yang menyarankan agar suami beliau perlu lebih mengawal emosi agar situasi yang sama tidak berulang.
Sementara itu, terdapat juga para netizen yang turut memahami situasi yang berlaku serta mengakui turut melakukan perkara yang sama berikutan kecewa dengan sesebuah permainan.
He needs to attend anger management skills class.
One 4K TV of that size is roughly rm2500. One DS4 controller is rm220 (and it's stock is scarce now).
You might laugh it off as he looked silly but the money to replace those broken items are still money.
— #solidarititoHCWcontracts (@iskandarzulzak) April 10, 2022
https://twitter.com/caramelkoala92/status/1513321832635834369
https://twitter.com/haramkiddd/status/1513130699133362176
Menerima pelbagai komen daripada netizen, wanita ini turut memaklumkan di mana suami beliau pada ketika itu sedang duduk di atas play mat anaknya yang mempunyai daya lantunan yang tinggi.
Tindakan tidak sengaja lelaki beliau yang mencampakkan DualSense PS5 pada play mat tersebut dan secara kebetulan melantun tepat ke arah TV antara yang membuatkan TV mereka rosak.
Ala korang ni jangan la terus assume dia lelaki ganas hahahah. Relax suda. I share just for laughs je. Coz I tgok benda ni 100 kali pun I still tergelak 😂 Tak relax la korang ni. Dia bukan lelaki ganas/suka campak barang/pukul perempuan or pape la yg ganas. Lek la gaiz.
— Alia Zaferi (@aliazafff) April 10, 2022
Wanita ini turut memaklumkan suaminya bukanlah seorang lelaki yang ganas, suka mencampak barangan atau kaki pukul seperti yang dilabel para netizen. Beliau turut mengakui masih lagi terhibur meskipun sudah kerap menonton video ringkas tersebut menakala suaminya sudah mendapatkan TV yang baharu.
Isu yang berlaku secara tidak langsung turut menjadi pengajaran kepada para gamer yang lain agar tidak melepaskan rasa geram atau berang kepada sesuatu barangan agar situasi yang berulang.
Tular pada hari ini apabila para penerima program ePemula kecewa selepas mendapati kredit wang RM150 yang ditebus yang sah untuk pembelian secara offline sahaja.
Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja
K-KOMM Sedia Peruntukkan RM4 Bilion Bagi Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah