Arab Saudi pada saban hari sentiasa menaik taraf fasiliti di Masjidil al-Haram untuk pengurusan yang lebih baik dan juga keselesaan jemaah sewaktu di sana. Sudah terdapat beberapa penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan juga robotik.

Baca Juga:

Terbaharu, robot baharu telah diperkenalkan dalam membantu para jemaah yang berkebolehan membaca Al-Quran, khutbah, pesanan dan juga azan menerusi imam. Robot ini hadir dengan sebuah skrin besar yang boleh memaparkan maklumat secara terus buat mereka yang membuat carian sesuatu perkara.

Sumber Gambar: Twitter

Dalam masa yang sama, robot ini juga akan menyediakan sebuah bar kod khusus, membolehkan jemaah memuat turun sejumlah perkhidmatan terus ke telefon pintar. Robot ini turut hadir dengan sokongan pembantu maya berasaskan suara agar jemaah boleh meminta maklumat berkaitan imam, jadual mingguan, dan informasi berkaitan solat dan sebagainya.

Sumber Gambar: Twitter

Penambahan robot ini bertujuan bagi melengkapkan beberapa penawaran fasiliti yang sedia ada termasuk untuk pembersihan dan juga pengesan wabak COVID-19. Difahamkan kerajaan Arab Saudi mahu memastikan setiap jemaah yang mengunjungi Masjidil al-Haram mendapat servis yang berkualiti tinggi .