Kemas kini iOS 16 telah membawakan sejumlah ciri menarik buat penggunanya termasuklah dengan sokongan kesan getaran haptik pada papan kekunci. Ciri ini sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana terasa lebih premium sewaktu menaip.

Terbaharu, Apple pada kali ini hadir dengan laman web khas tentang cara mengaktifkan kesan haptik ini. Menerusi laman tersebut, Apple telah memberi amaran tentang pengaktifan bateri iPhone akan lebih cepat untuk habis berbanding sebelumnya.

Sumber Gambar: Apple

Namun begitu, pihak Apple masih belum memberikan maklumat terperinci berkenaan isu ketahanan bateri termasuklah sejauh mana penggunaan bateri di dalam seharian apabila mengaktifkan ciri haptik itu. Berkemungkinan Apple menyedari masalah ini mungkin agak serius sekaligus mereka perlu memberikan peringatan kepada pengguna.

Ciri haptik ini tersedia untuk iOS 8 dan ke atas yang mana menggunakan engin Taptic di dalam iPhone. Anda boleh menyahaktifkan ciri haptik ini pada aplikasi Settings.

Sumber