Hampir kesemua syarikat pengeluar selalunya sekadar mengambil ringan berkenaan isu informasi yang tertiris oleh individu di internet sebelum ini. Namun pada tahun ini syarikat Samsung telah mengambil tindakan tegas dan terbaharu kini giliran Apple pula berbuat sedemikian ke atas perlakuan peniris maklumat dari China kerana meyebabkan kerugian kepada syarikat.

Melalui laporan yang dibuat oleh Vice, peniris maklumat dari China sudah mula menerima surat guaman daripada Apple dengan menyuruh peniris maklumat menghentikan aktiviti mereka serta mendedahkan sumber asal yang diperolehi. Peniris maklumat telah diberikan tempoh masa selama 14 hari untuk memberi maklum balas kepada Apple.

vocket-tech-news-apple-leak-1
Sumber Gambar: Today in 24

Surat guaman ini dihantar kepada peniris maklumat kerana mereka telah didakwa melanggar hak harta intelek dan mendedahkan maklumat sulit milik Apple yang menyebabkan pesaing boleh menghasilkan produk dengan ciri yang sama.

Dilaporkan beberapa akaun peniris maklumat telahpun dipadam selepas menerima dari Apple pada bulan yang lalu. Perkara ini secara langsung bakal menghentikan semua desas-desus berkaitan produk mereka dan peminat hanya boleh mengetahui apabila ia dilancarkan.

Sementara itu, Apple juga menghadapi masalah bekalan cip pemprosesan yang boleh menjejaskan penawaran produk terbaru.

Masalah Bekalan Cip Pemprosesan Mungkin Jejaskan Penawaran Produk Baharu Apple

Mahu Cepatkan Pengecasan, Apple Mungkin Perkenalkan Pengecas 25W Buat iPhone Pada Tahun Ini

Sumber