Apple Fitness+ Tawarkan Beberapa Ciri Baharu Bagi Meningkatkan Motivasi Pengguna

Servis langganan Apple Fitness+ sudahpun ditawarkan buat pengguna Apple Watch tempatan sejak November 2021 lalu. Menerusinya, pengguna boleh mengakses sejumlah latihan kecergasan untuk kekal sihat dan cergas.

Terbaharu, Apple sudah mengemas kini servis langganan kecergasan tersebut dengan beberapa ciri menarik untuk memberikan motivasi kepada para pengguna dalam mengamalkan gaya hidup sihat bersama Apple Watch. Terdapat empat penambahan ciri yang ditawarkan buat para pengguna di luar sana.

Sumber Gambar: Apple

Pertama sekali, anda boleh mengakses ciri Collection di mana terdapat sebuah siri yang telah digabungkan dengan koleksi latihan kecergasan dan meditasi untuk memastikan pengguna boleh mencapai sasaran yang diimpikan. Bersamanya, anda juga bakal menerima cadangan perancangan latihan kecergasan yang ideal.

Selain itu, ciri Time to Run pula merupakan pengalaman larian audio baharu yang direka untuk membantu pengguna menjadi pelari yang lebih konsisten dan lebih baik dari semasa ke semasa. Setiap episod didatangkan dengan pelbagai tips bimbingan daripada jurulatih terkenal platform Fitness+ ini.

Sumber Gambar: Apple

Jadi, anda merasa bersemangat untuk melakukan aktiviti larian ke tahap yang lebih jauh. Sewaktu sesi larian juga turut dialunkan muzik yang bertenaga dan bermotivasi yang telah disusun oleh jurulatih Fitness+. Setiap minggu anda akan dihidangkan dengan episod baharu untuk mempelajari benda baharu.

Time to Walk pula menyasarkan untuk menggalakkan orang ramai menjadi aktif dan lebih kerap berjalan. Menariknya, siri episod yang ditawarkan menjemput ikon terkemuka, pengarah. penulis dan artis antarabangsa untuk berkongsi pandangan dan inspirasi kepada pengguna sewaktu berjalan.

Sumber Gambar: Apple

Bahkan, mereka juga akan berkongsi gambar, muzik yang didengari bersama pengguna Fitness+. Setiap minggu anda berpeluang mendengar individu jemputan yang berlainan dalam menambahkan input pengetahuan sambil berjalan.

Akhir sekali, ciri Artist Spotlight yang mana menampilkan siri artis terkemuka dunia yang disusun playlist lagu secara khusus. Para pengguna turut boleh mengakses katalog lagu unik yang disertakan termasuklah lagu remix bertenaga dan sebagainya. Setiap muzik telah disusun berdasarkan aktiviti kecergasan yang bersesuaian dengan iramanya.

Sumber Gambar: Apple

Ciri-ciri ini sudah boleh diakses oleh para pelanggan Fitness+ mulai hari ini menerusi pelbagai peranti Apple. Anda boleh memulakan langganan serendah RM19.90 sahaja untuk menikmati akses Fitness+ dalam menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Lihat bagaimana lelaki ini berjaya mengatasi masalah kerap pitam dengan menggunakan Apple Watch dalam menjaga kesihatannya.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Sumber
Exit mobile version