Apple sebelum ini telah membuang bicu audio pada peranti iPhone yang mana menjadi ikutan syarikat pengeluar terkemuka lain seperti Samsung selepas itu. Kini sudah kedengaran spekulasi berkenaan Apple yang mahu membuang terus talam SIM fizikal sekaligus hanya menyokong sim digital menerusinya.
Menurut laporan Wall Street Journal, Apple bakal menawarkan model iPhone generasi baharu yang hanya menyokong eSim iaitu bermula siri iPhone 14 kali ini. Dengan ini, pengguna tidak perlu mengharungi proses memasukkan kad sim fizikal dari peranti lama ke baharu lagi malah dilihat lebih mudah untuk dikendalikan.
Model ini akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat dan Asia. Hal ini kerana teknologi eSim dilihat sangat popular di dalam pasaran berkenaan dan pengguna sering bertukar pelan dari semasa ke semasa mengikut keperluan masing-masing.
Bagaimanapun, model ini akan ditawarkan buat mereka yang membeli iPhone secara pakej menerusi pelan telko. Tanpa SIM fizikal, proses pengaktifan boleh dilakukan secara terus malah boleh memudahkan pihak telko menghalang peranti dijual sebelum penjual melengkapkan kontrak.
Sebelum ini juga, Apple telah menyatakan sangat yakin siri iPhone 14 akan lebih laku keras berbanding siri iPhone 13.
Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13
Alami Peningkatan Harga Komponen, iPhone 14 Pro Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Lebih Mahal