Antara peranti yang sedang hangat diperkatakan di internet ketika ini adalah siri iPhone 14. Pengguna Apple telah bersiap sedia untuk mempertimbangkan untuk menaik taraf ke siri iPhone 14 pula kerana terdapat pelbagai pembaharuan menarik yang akan hadir lebih-lebih lagi versi Pro.
Menerusi laman Hypebeast, tular spekulasi terbaharu yang menjangkakan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bakal menerima kenaikan harga sebanyak $100 (~RM442.70). Dengan ini, harga bagi versi Pro akan menyaksikan peningkatan daripada $999 (~RM4,422.57) ke $1,099 (~RM4,865.27).
Sementara versi Pro Max pula akan ditawarkan dengan harga bermula $1,199 (~RM5,307.97) yang mana sebelum ini hanya sekitar $1,099 (~RM4,865.27). Peningkatan harga ini dibuat atas dasar kemas kini sejumlah komponen termasuklah penggunaan cip A16, skrin paparan berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci AMOLED dengan sokongan refresh rate 120Hz.
Selain itu, bahagian kamera juga bakal dinaik taraf dengan lensa yang lebih besar agar dapat menawarkan gambar dan video yang lebih baik. Malah, versi Pro juga dikatakan bakal dilengkapi dengan memori sebesar 8GB RAM dan juga pilihan storan dalaman mencapai 1TB.
Difahamkan juga Apple mahu menfokuskan penjualan versi Pro dengan lebih banyak pada siri kali ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara pelancaran siri iPhone 14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tular baru-baru ini apabila Captain America akhirnya menukar ke iPhone 13 selepas menggunakan iPhone 6 sejak sekian lama.
‘Captain America’ Akhirnya Ucap Selamat Tinggal Kepada iPhone 6s Selepas Bertahun Digunakan
Tidak Pernah Dilihat Ramai, YouTuber Ini Dedahkan Prototaip Awal iPhone 2G Bernilai RM2.2 Juta