Apple sebelum ini telah memperkenalkan cip Apple M1 Ultra yang cukup berkuasa tinggi pada komputer pertama yang dinamakan Mac Studio. Dikhabarkan cip tersebut mempunyai prestasi 80% lebih tinggi berbanding MacBook Pro sedia ada.
Meskipun, baru sebulan ia diperkenalkan, Apple sudah mengusahakan sekurang-kurangnya sembilan model Mac baharu yang menampilkan empat versi berbeza bagi cip pemprosesan M2 yang dinaik taraf.
Apple dikatakan sedang menguji cip-cip terbabit dengan aplikasi pihak ketiga di App Store berkemungkinan untuk memastikan keserasian dan kestabilan terlebih dahulu. Ini bermakna kita hanya menunggu beberapa bulan lagi untuk Apple mengumumkan ketibaan cip M2nya secara rasmi.
Apple MacBook Air 2022 yang sangat dinanti-nantikan ini dijangka bakal mengalami perubahan rekaan secara menyeluruh dan merupakan salah satu komputer yang dikhabarkan akan menampilkan cip M2 terbaharu. Cip M2 ini terdiri daripada lapan teras CPU dan 10 teras untuk GPU.
Setelah tidak lagi menggunakan processor Intel pada model terbaru, Apple telah menunjukkan kemampuannya menghasilkan cip pemproses tersendiri dan berusaha untuk meneruskan kehadirannya melalui cip M2. Selain itu, dikhabarkan Mac mini juga bakal turut ditawarkan dengan cip M2.
Memandangkan semua model ini masih dalam pembangunan, maka masih tiada tetap yang boleh dijangkakan melainkan perkongsian daripada Apple sendiri. Bagaimanapun, penganalisa terkemuka, Gurman menjangkakan beberapa komputer seperti MacBook Air, Mac mini dan MacBook Pro akan dilancarkan pada tahun ini juga.
Selain itu, Apple juga dikatakan sudah pun mematenkan beberapa rekaan ‘gaming controller’ untuk memudahkan pengguna bermain games kegemaran.
Apple Sedia Patenkan ‘Gaming Controller’ Yang Boleh Dipadankan Pada iPhone Dan iPad
Apple Bakal Lancarkan Pengecas USB-C 35W Yang Boleh Mengecas Dua Peranti Secara Serentak