Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi model terbaru iPhone menampilkan siri iPhone 12, Apple dikatakan bakal menurunkan harga beberapa model terdiri daripada iPhone SE dan XR.

Berdasarkan ura-ura yang dikongsikan oleh @aaple_lab, iPhone SE dan XR masing-masing dijangka bakal diturunkan kepada $349 (~RM1,455.85) dan $499 (~RM2,081.58).

https://twitter.com/aaple_lab/status/1298560821258321920

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Apple menurunkan model terdahulu mereka sebaik sahaja melancarkan model terbaru. Penurunan harga model lama Apple ini secara tidak langsung membuatkan model lama mereka turut menjadi rebutan.

Dari segi saiz, iPhone SE hadir dengan saiz skrin 4.7-inci manakala iPhone XR hadir dengan skrin 6.1-inci. Setakat ini, kedua-dua model ini masih releven untuk didapatkan berdasarkan penawaran processor yang hebat serta sokongan iOS terbaru buat beberapa tahun akan datang.

DSCF3088
Sumber: trusted review

Sekiranya Apple Malaysia merancang untuk menawarkan harga yang sama, pastinya iPhone SE menjadi rebutan khususnya mereka yang minat dengan iPhone dengan saiz skrin yang kecil.

Lihat juga perbandingan saiz iPhone 12 berbanding model iPhone 7 dan SE. 

https://www.thevocket.com/lihat-perbandingan-saiz-iphone-12-berbanding-model-iphone-7-dan-se/

https://www.thevocket.com/iphone-6s-fornite/