Sebut mengenai processor telefon pintar, pastinya dua jenama yang sering disebut-sebutkan serta menjadi pilihan ramai adalah Apple dan Qualcomm Snapdragon. Selain itu, beberapa jenama lain seperti Huawei, MediaTek dan Samsung Exynos turut menawarkan persaingan hebat.
Sejak dua tahun terakhir ini, dapat dilihat Apple berjaya muncul sebagai processor telefon terhebat melalui pengenalan Apple A12 dan A13 yang sekaligus mengalahkan Snapdragon 855 dan 855+.
Pada tahun ini, Qualcomm nampaknya tampil dengan processor Snapdargon 865 yang sekaligus mengalahkan prestasi Apple A13. Menariknya, processor terbaharu ini bakal digunakan pada telefon pintar flagship Android keluaran awal 2020 yang sekaligus membuatkan iPhone 11 Pro Max ketinggalan.
Ujian ini disahkan melalui ujian penanda aras melalui aplikasi Antutu 3D dan Geekbench 5 yang melihatkan Snapdragon 865 mencatatkan markah prestasi 21% lebih tinggi berbanding Apple A13.
https://twitter.com/androiddlovers/status/1206579700971257857?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1206579700971257857&ref_url=https%3A%2F%2Fwccftech.com%2Fsnapdragon-865-beats-a13-bionic-new-benchmark%2F
Berdasarkan ura-ura, Samsung yang sebelum ini menggunakan processor Exynos pada sebahagian besar telefon pintar flagship mereka bakal turut menggunakan processor Snapdragon 865 pada model terbaharu mereka.
Samsung dijangka bakal memperkenalkan model Galaxy S11 dengan penyertaan lima kamera beserta sensor 108-megapixel. Turut dikongsikan, ura-ura iPhone 9 yang bakal ditawarkan pada harga dibawah RM2,000.
https://www.thevocket.com/samsung-galaxy-s11-bakal-dilengkapi-dengan-kamera-108-megapixel/
https://www.thevocket.com/apple-iphone-9-bakal-dijual-dengan-harga-tidak-sampai-rm2000/