Setelah beberapa hari aplikasi TNG eWallet menghilang secara tiba-tiba di App Store. Kini aplikasi tersebut sudah pun disenaraikan semula di App Store dan orang ramai sudah boleh memuat turun seperti biasa.
Dengan ini, para pengguna baharu boleh memasang aplikasi TNG eWallet terus ke iPhone yang digunakan. Setakat ini, pihak Touch ‘n Go masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan pembuangan aplikasi daripada App Store baru-baru ini.
Apa yang pasti, pihak Apple akan membuang sebarang aplikasi yang dikesan melanggar terma dan garis panduan App Store yang ditetapkan. Buat masa ini, aplikasi TNG yang tersedia di App Store masih versi v1.7.7.2 yang mana dilepaskan pada 18 April 2022.
Ini bermakna pengguna masih boleh menggunakan kad NFC untuk menambah nilai dan juga membuat pinjaman peribadi menerusi ciri GoPinjam. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi oleh pihak Touch ‘n Go berhubung isu yang berlaku sebelum ini.
Selain TNG eWallet, aplikasi Setel baru sahaja melancarkan ciri pembelian minyak menerusi Apple Watch sahaja.
Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch
WhatsApp Dengan Kemas Kini Terbaru Tampil Lebih Menarik Dengan Ciri Reaksi Emoji