Baru-baru ini, Amazon telah mengumumkan pelancaran robot kecil yang boleh pandu sendiri yang dinamakan Scout. Robot ini dicipta untuk melakukan perkhidmatan penghantaran bungkusan ke setiap rumah pelanggan.

Robot Scout ini akan mengikuti laluan penghantarannya secara autonomi tetapi pada awalnya ianya akan disertai oleh para pekerja Amazon terlebih dahulu untuk proses uji kaji robot itu.

Menurut Amazon, mereka telah membangunkan Scout Amazon di makmal penyelidikan dan pembangunan mereka di Seattle untuk memastikan robot tersebut dapat mengesan jejak haiwan, pejalan kaki dan apa sahaja yang ada di jalan yang mereka lalui supaya mereka dapat menjalankan perkhidmatannya dengan selamat dan efisien.

Kini terdapat enam Scout yang sedang diselidik yang telah menjalankan perkhidmatannya di Snohomish County pada waktu hari bekerja. Buat mereka yang tinggal di kawasan berdekatan berdekatan kini boleh memesan sesuatu barangan dari Amazon dan hanya perlu menunggu untuk tiba di pintu mereka kerana robot tersebut akan tiba di pintu rumah pelanggan serta membuka peti simpanan barang seterusnya menunggu sehingga pelanggan mengambil barang mereka.

Amazon_Scout_Robot_Deliveries
Sumber: Trusted Reviews

Penciptaan robot pandu sendiri ini adalah percubaan terbaru Amazon untuk mewujudkan lebih banyak pilihan penghantaran yang jauh beribu batu.