Kehadiran dunia kripto telah mengubah landskap di dalam pelbagai aspek kehidupan yang kini menuju ke arah digitalisasi. Malah, sejumlah syarikat besar juga dilihat sudah mula mengadaptasi perubahan ini dengan menawarkan kerja dalam bidang kripto bagi memenuhi keperluan semasa.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @Blockworks, pihak mereka telah berkongsi tentang syarikat-syarikat terbesar seperti Reddit, Visa, Nike dan banyak lagi yang sudah mulai merekrut pekerja untuk beberapa kerja dalam bidang kripto. Terdapat 9 syarikat terkemuka dunia yang didapati ingin menggunakan blockchain pada platform mereka.

1. Reddit

Pertama sekali, Reddit iaitu sebuah platform perbincangan pengguna internet terbesar telahpun menyenaraikan sebuah jawatan Android engineer untuk membantu mereka membina sebuah platform NFT bagi tujuan orang ramai berdagang dan melakukan urusan jual beli NFT menerusinya.

Mereka menyatakan bahawa NFT akan memainkan peranan penting dalam menunjukkan tanda sokongan kepada pencipta dan komuniti yang diminati. Maka, orang ramai boleh mendapatkan hasil karya NFT edisi terhad sementara pihak pencipta atau komuniti pula boleh menjana pendapatan dan meneruskan berkarya.

2. Meta

jawatan berkaitan bidang kripto
Sumber Gambar: Twitter Blockworks

Selain itu, Meta yang dulu dikenali sebagai Facebook juga merupakan salah satu syarikat yang kini menfokuskan utama kepada dunia Meta mereka serta meneroka lebih banyak peluang menerusi dunia kripto. Menerusi pengiklanan jawatan terbaharu, Meta dilihat mahu mengintegrasikan kripto dan pembayaran.

Jawatan pengurus yang ditawarkan akan bertanggungjawab dalam mereka bentuk semula model pembayaran dan mengimplementasi pelaksanaan proses yang menyokong pembayaran dan kripto sekaligus. Dengan menghasilkan model baharu, mereka boleh menawarkan pilihan pembayaran berasaskan kriptowang selepas ini.

3. Visa

jawatan berkaitan bidang kripto
Sumber Gambar: Twitter Blockworks

Visa juga antara perkhidmatan pembayaran digital yang sering digunakan orang ramai dalam melakukan pelbagai transaksi seharian. Kini syarikat ini dilihat mahu menyertai dunia kripto sepenuhnya bagi platform mereka.

Jawatan yang sedia disandang bagi mereka berkelayakan adalah pengarah yang mana akan menggalas tanggungjawab untuk mencipta aliran pendapatan baharu melalui kripto produk terkini. Ditambah pula, mereka juga perlu mencari pelaburan yang menarik untuk meluaskan lagi penawaran kripto di platform tersebut.

4. Walmart

Sumber Gambar: Twitter Blockworks

Seterusnya, Walmart juga tidak ketinggalan dalam meneroka dunia kripto dengan menawarkan jawatan berkaitan kripto pada laman pengambilan kerja. Syarikat ini ingin mengupah seorang pakar kripto untuk mengetuai strategi kripto dan penciptaan produknya.

Dengan penawaran jawatan ini, ia memberi bayangan bahawa Walmart akan berusaha untuk melabur dalam syarikat berkait dengan kripto. Di samping itu, Amazon pada sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka sedang menyasarkan mengadaptasi teknologi kripto pada platform tersebut.

5. Amazon

Sumber Gambar: Twitter Blockworks

Oleh itu, Amazon kini dilihat sudah menawarkan jawatan berkaitan bidang kripto di mana sebagai pakar akan berkerjasama dengan institusi kewangan serta membantu syarikat untuk memacu perubahan di dalam kripto. Matlamat lantikan ini adalah untuk meningkatkan penggunaan kripto secara meluas.

Selain membawa adaptasi teknologi kripto, anda juga dikehendaki untuk membantu syarikat di dalam menjaga aset digital mereka. Kemudian, sebuah perkhidmatan kewangan dikenali sebagai Fidelity yang berpengkalan di Amerika Syarikat turut mahu mengembangkan penawaran kripto pada servis mereka.

6. Fidelity

Fidelity kini telah mengurus sejumlah aset milik pelanggan yang bernilai trillion ringgit dan ingin memperluaskan kebolehan menjana pendapatan menerusinya. Firma ini sudah menawarkan beberapa produk Bitcoin dan berhasrat untuk mengembangkan pasukan kriptonya dengan penambahan seramai 100 pekerja baharu.

7. Apple

Dalam pada itu, sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa mengenai Tim Cook, beliau sendiri telah menyatakan bahawa mempunyai pegangan sejumlah kriptowang bagi mempelbagaikan portfolio pelaburannya. Dari kenyataan tersebut telah membuatkan ramai berpendapat kriptowang akan menjadi salah satu pilihan pembayaran produk Apple kelak.

jawatan berkaitan bidang kripto
Sumber Gambar: Twitter Blockworks

Kini ia sudah terbukti apabila Apple sendiri ingin mengupah seorang pakar untuk mengetuai perkongsian pembayaran alternatif yang dijangkakan berkaitan kripto. Calon juga haruslah berpengalaman berkerja dengan dompet digital bagi memastikan intergrasi pembayaran tersebut berjalan lancar apabila dilaksanakan kelak.

8. JP Morgan

JPMorgan yang merupakan sebuah terbesar di Amerika Syarikat pada masa ini mempunyai sebanyak 71 jawatan terbuka berkaitan blockchain yang sedia diisi oleh mereka yang berkelayakan. Jawatan tersebut termasuklah penyelidikan untuk membantu menjana idea pelaburan dalam pelbagai aset digital.

9. Nike

Akhir sekali, Nike seperti yang kita sedia maklum ingin menerokai dengan lebih mendalam mengenai dunia kripto menerusi pengenalan NFT serta dunia meta. Kini mereka sudah menawarkan jawatan untuk menjayakan dunia meta tersebut. Dua peranan kerja tersebut diberikan fokus kepada pereka bentuk maya.

Mereka akan memainkan peranan penting dalam mentakrifkan semula dunia digital hari ini dengan membawa orang ramai ke dunia meta pula. Sebenarnya masih terdapat banyak lagi syarikat yang sudah mulai menawarkan jawatan seumpama ini untuk memperluaskan penggunaan kripto.

Jadi, tidak peliklah sekiranya selepas ini terdapat kos kripto pula di dalam institusi pengajian pada masa kelak serta pendedahan berkaitan dengan lebih meluas bagi mengajar orang ramai mengenainya. Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf kriptowang sebagai mata wang yang sah, memiliki kriptowang masih lagi dibenarkan sebagai aset digital.

Selain itu, tahukah anda adidas berjaya mengutip hasil jualan sehingga puluhan juta baru-baru ini menerusi pelancaran NFT pertama mereka?

Baru Sahaja Dilancarkan, Koleksi NFT adidas Berjaya Terjual Serta-Merta Dengan Jumlah RM96.8 Juta

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse

Sumber