Arena kriptowang pada ketika ini sangat tidak menentu sehinggakan ramai sudah mulai beralih mencari pelaburan yang lebih realistik seperti hartanah dan seumpamanya. Nilai mata wang kriptowang pada saban hari dilihat menurun secara berterusan seperti tiada hari esok.

Terbaharu, nilai kriptowang Bitcoin kini sudah menjunam ke tahap RM93,523.36 setakat artikel ditulis. Ini merupakan penurunan yang sangat drastik di mana pada permulaan November lalu masih mencatatkan nilai tertinggi sekitar RM280,805. Dengan penurunan nilai kriptowang utama ini, ia juga mendorong nilai kriptowang lain seperti ETH dan SOL juga menjunam.

Sumber Gambar: Google

Difahamkan nilai Bitcoin menjunam sehingga 22% dalam masa hanya lima hari sahaja di mana para pelabur mulai melepaskan pegangan kripto yang dimiliki kerana kadar inflasi yang semakin meningkat. Malah, terdapat laporan yang mengatakan sebahagian pelombong kriptowang sudah tidak melakukannya lagi kerana tidak memberikan pulangan lumayan.

Tahun 2022 dilihat sebagai tahun yang sangat mencabar buat para pelabur kriptowang yang mana mengharapkan nilai kriptowang akan meningkat seperti sedia kala. Dengan pelbagai krisis global, kelihatan agak sukar untuk arena kriptowang untuk beransur pulih dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Bill Gates pernah mengatakan beliau tidak melabur pada kriptowang kerana tidak memberi nilai kepada orang ramai.

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

Masih Jadi Pilihan Segelintir Pelabur, Harga Kriptowang LUNA Meningkat 2,500% Dalam 24 Jam

Sumber