Pada bulan lalu, TM menerusi unifi baru sahaja memperkenalkan pelan internet baharu yang menawarkan internet 500Mbps dengan harga RM249 sebulan buat pelanggan sedia ada. Pakej yang turut menawarkan internet 800Mbps secara tidak langsung memberi peluang untuk orang ramai meningkatkan kelajuan internet menerusi penawaran harga yang berbaloi.

Dalam pada itu, tidak lama selepas TM memperkenalkannya, para pelanggan yang menggunakan pakej unifi 500Mbps merasakan seolah tertipu apabila TM secara senyap tanpa memberitahu pengguna telah menurunkan kelajuan muat naik atau upload speed daripada 200Mbps kepada 100Mbps.

150422unifibag-1

Pengurangan kelajuan muat naik tanpa pemberitahuan pengguna ini telah membuatkan segelintir pengguna membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut MCMC, sekiranya siasatan awal terhadap TM mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan. Selain itu, pihak MCMC turut memberi jaminan siasatan isu ini akan dijalankan secara telus dan adil.

Ikuti lebih lanjut mengenai pakej internet 500Mbps dan 800Mbps yang ditawarkan unifi pada bulan lalu.

https://www.thevocket.com/unifi-500mbps-dan-800mbps/

https://www.thevocket.com/unifi-tawar-pelan-serendah-rm39-00-untuk-30mbps-kepada-pelanggan-perkhidmatan-jalur-lebar-lain/

Sumber