AirTag Dilaporkan Telah Disalah Guna Oleh Penjenayah Untuk Ekori Mangsa

AirTag yang pada mulanya direka untuk membantu pengguna mengesan barangan hilang dengan mudah. Namun, terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan teknologi alat pengesan ini bagi tujuan jahat pula dan sudah berlaku beberapa insiden berkaitan AirTag pada tahun ini.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter bernama @Sega_JEANAsis telah berkongsi pengalaman diekori oleh penjenayah barangkali dengan kehadiran AirTag asing pada barangan miliknya. Pada mulanya, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan baru menyedari terdapat AirTag asing selepas menerima notifikasi pada iPhone beliau.

Sumber Gambar: Twitter

Beliau pada ketika itu sedang memandu seorang diri pada pukul 2 pagi di jalan kosong. Dengan keselamatan yang sudah pasti terancam, beliau dikatakan telah mencari AirTag asing yang diletakkan pada mana-mana barangan miliknya tetapi masih tidak berjaya dikesan.

Jeana juga berpendapat bahawa AirTag yang diletakkan oleh individu ini hanyalah bertujuan untuk mencuri keretanya sahaja seperti insiden yang pernah berlaku sebelum ini dan tidak lebih daripada itu. AirTag itu bagaimanapun akhirnya berjaya dikesan pada bahagian berdekatan roda miliknya.

Sumber Gambar: Twitter

Apple juga sangat prihatin terhadap isu penyalahgunaan AirTag dengan menyertakan fungsi untuk pengguna produk Apple menerima notifikasi jika terdapat AirTag asing bergerak bersamanya jika tiada pemilik di kawasan berdekatan. Selain iOS, Android juga boleh mengesan kehadiran AirTag dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Sekiranya anda sedang berada dalam situasi seumpama itu, sebaiknya pergi ke kawasan yang selamat atau pergi mendapatkan khidmat bantuan pihak berkuasa di kawasan berdekatan sebelum membuat pencarian. Hal ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Sebelum ini, seorang lelaki berjaya menemui semula skuternya yang hilang dicuri dengan bantuan Apple AirTag miliknya.

Lelaki Ini Berjaya Temui Semula Skuternya Yang Hilang Dengan Bantuan Apple AirTag

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Jadikan AirTag Pengesan Untuk Kucingnya Yang Kuat Merayap

Sumber
Exit mobile version