Bermula sebagai syarikat penawaran penerbangan tambang murah, airasia nampaknya telah melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan aplikasi airasia Super App.
Menerusi aplikasi ini, para pengguna bukan sahaja berpeluang menempah tiket penerbangan, malah turut menjadi aplikasi setempat untuk menempah e-hailing, makanan serta membuat pesanan barangan runcit. Selain itu, para pengguna turut berpeluang menyemak dan mengumpul airasia rewards.
Berdasarkan kemas kini terbaru, airasia sedia memberi kemudahan kepada pengguna di mana para pengguna boleh memanfaatkan airasia rewards sehingga 20 kali ganda menerusi aplikasi airasia Super App bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2021.
Pengguna aplikasi yang menempah atau membeli penerbangan, hotel, makanan, barangan runcit dan barangan bebas cukai menggunakan airasia rewards turut berpeluang membuat penebusan istimewa iaitu 50 point kepada RM1 semasa tempoh promosi berlangsung.
Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook airasia Super App. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
Tular pada hari ini apabila dimaklumkan plaza tol akan menghentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTag secara berperingkat.
Plaza Tol Akan Hentikan Penggunaan Kad Touch ’n Go Dan SmartTAG Secara Berperingkat
Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja