Sejak kebelakangan ini dapat dilihat semakin ramai individu yang mulai berminat dengan penghasilan kopi sama untuk meminum di rumah atau menjadikannya sebagai perniagaan. Acaia Pearl Model S merupakan salah satu alatan yang perlu diberikan perhatian buat coffee loverĀ di luar sana.
Meskipun tampak mudah, penghasilan kopi sememangnya memerlukan ketepatan dalam sukatan dalam memastikan kopi yang dihasilkan enak. Oleh sebab yang demikian, muncul sebuah jenama iaitu Acaia dalam menawarkan pelbagai produk inovatif dalam membantu pengguna menghasilkan kopi dengan cara yang lebih menarik.
Acaia
Syarikat Acaia yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan bertapak di Amerika Syarikat. Fokus mereka adalah menggabungkan rekaan dan teknologi khusus untuk mencapai standard profesional pada produknya. Produk yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan fungsi ketepatan bancuhan kopi serta gabungan rekaan yang estetik.
Produk pertama yang dikeluarkan adalah Acaia Pearl Coffee Scale di mana produk ini mmendapat penajaan penuh daripada program Kickstarter. Pengeluaran model White Pearl telah dilancarkan secara rasmi di SCAA Expo pada tahun 2014 dan merangkul anugerah Best New Product Award.
Fungsi yang tersedia pada Acaia Pearl Model S
Acaia Pearl Model S merupakan sebuah penimbang kopi pintar kelas profesional yang boleh memberikan konsistensi serta disediakan maklumat secara terperinci sewaktu sedang membancuh kopi. Penimbang kopi ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi bagi menghasilkan secawan kopi yang sempurna.
Antara fungsi yang tersedia adalah terdapat beberapa mod bancuhan mengikut keperluan kopi yang berbeza termasuk mod masa, mod auto start , mod espresso dan sebagainya. Selain itu, model ini hadir dengan tiga skrin paparan yang menggunakan LED dot matrix terbaru boleh memaparkan lebih banyak informasi sekaligus dengan jelas.
Mod Flow-rate yang terbaru mampu memaparkan masa, berat dan kadar aliran. Setiap tuangan yang dibuat akan dipaparkan jumlah berat air yang ditambah secara langsung untuk memberikan konsistensi pada setiap masa. Ditambah pula mod latihan yang membolehkan pengguna berlatih menjaga aliran air yang dituang bagi menghasilkan kopi yang lebih baik.
Penimbang kopi pintar ini telah disediakan dengan beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma. Menerusi aplikasi yang pertama iaitu Brewguide, pengguna boleh memuat turun panduan membancuh kopi kegemaran daripada pelbagai pilihan yang disediakan. Tambahan pula, pengguna juga boleh mencipta resipi bancuhan sendiri dan berkongsi dengan pengguna lain.
Aplikasi yang kedua pula dinamakan sebagai Brewmaster. Ia boleh merekodkan log pembancuhan kopi yang dibuat oleh pengguna secara automatik. Selepas itu, aplikasi ini akan menyimpan data tersebut dalam bentuk graf visual bagi kegunaan pada proses bancuhan berikutnya.
Menerusi aplikasi Brewbar pula, pengguna boleh mencipta resepi dan boleh diintegrasi kepada tiga stesen pembancuh lain sekaligus yang memudahkan pengguna untuk beroperasi dalam berkumpulan. Aplikasi berkenaan akan memberikan maklumat ketiga-tiga stesen bagi pemantauan yang teliti pada setiap bahagian.
Aplikasi Acaia Coffee membolehkan pengguna merekodkan proses acuan dan sukatan kopi bagi rujukan pada masa kelak. Selain itu, rekod ini juga dapat memantau setiap kopi yang telah dicuba dengan lebih mudah.
Menariknya, penimbang kopi ini turut memaparkan panduan membancuh kopi di skrin paparan. Selain itu, pengguna boleh memilih mod yang tersedia dengan pantas serta melaraskan tetapan pada penimbang kopi menerusi aplikasi berkenaan.
Menerusi dengan rekaan minimalis serta elegan ini dibina secara hand made dan teliti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Bateri berkapasiti 2,200mAh yang boleh dicas semula dengan mikro USB serta mampu bertahan sehingga 40 jam masa penggunaan. Beratnya pula hanya sekitar 625gram sekaligus memudahkan pengguna untuk mengalih produk ini ke tempat yang lain jika diperlukan.
Mesin ini sememangnya sesuai buat anda yang ingin belajar menghasilkan kopi dengan baik secara sendirian ataupun digunakan untuk melatih pekerja dengan lebih mudah bagi pemilik kafe. Anda boleh dapatkan pada harga serendah $195 (~RM823.23) di laman web Acaia dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.
Ini penjelasan yang dibuat oleh saintis berkaitan kemampuan kopi dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dengan klik pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/adakah-kopi-mampu-kurangkan-risiko-jangkitan-covid-19-ini-penjelasan-saintis/
https://www.thevocket.com/bermula-dengan-kedai-kopi-di-rumah-pemuda-berusia-21-tahun-ini-berjaya-buka-kafe-sendiri/