Di pasaran pada ketika ini, memang banyak jenama yang menawarkan laptop atau komputer riba yang berkualiti di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan reka bentuk.
Sebagai pembeli yang mungkin kurang mahir dari segi teknikal, kita mungkin akan blur untuk memilih laptop apa yang terbaik yang bersesuaian dengan kerja dan mungkin bajet yang kita ada. Sebelum mula membeli, adalah lebih baik untuk anda ‘mengenali’ dengan lebih mendalam laptop yang anda mahukan.
Jadi kami kongsikan di sini beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum membuat pembelian laptop untuk mengelakkan sebarang kekecewaan selepas membuat pembelian. Jom kita pergi satu per satu.
1. Screen Size dan berat
Sebelum anda membuat pembelian, anda perlu tahu tujuan utama anda mahu membeli laptop. Untuk gaming, menonton Netflix, kerja atau belajar? Sekiranya untuk gaming dan menonton filem, pastinya anda perlu skrin yang lebih besar (17′).
Tetapi sekiranya anda seorang yang on the go, adalah lebih baik untuk anda memilih laptop dengan saiz yang sederhana (14′). Sebab apa? Sebab laptop yang lebih kecil pastinya lebih ringan.
Laptop yang ideal adalah laptop yang beratnya kurang 2kg. Lebih daripada itu, anda pasti akan rasa ‘berat’ untuk usungnya ke mana anda pergi. Laptop bersaiz 14′ juga lebih mudah untuk disimpan terutamanya dalam beg tote anda.
2. Processor dan RAM
Sekiranya anda bakal menggunakan laptop anda untuk tujuan multi-tasking, anda pastinya memerlukan laptop dengan processor yang mantap. Laptop dengan processor AMD Ryzen biasanya akan memberi performance yang lebih baik setanding dengan harganya berbanding processor Intel.
Tetapi ia bergantung kepada individu itu sendiri. Untuk performance terbaik, dapatkan laptop dengan AMD Ryzen 5. Barulah laptop anda tidak cepat hang walaupun digunakan untuk jangka masa lama.
Selain itu, penting juga untuk anda melihat saiz RAM yang ditawarkan untuk sesebuah laptop tersebut. 4GB RAM adalah standard pada ketika ini dan jika kerja anda multi-tasking , lebih baik untuk cari laptop dengan RAM lebih tinggi. Tetapi tiada masalah kerana RAM ini boleh ditambah di kemudian hari jika perlu (sekiranya anda mahu beli laptop dengan keupayaan 4GB RAM).
3. Ketahanan bateri
Pastinya tujuan anda membeli laptop adalah untuk memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi bukan? Jadi battery life adalah sangat penting supaya laptop anda dapat tahan lama selepas dicas penuh.
Paling cantik sekiranya anda dapat mencari model laptop yang dapat lebih 5 jam atau lebih dengan satu pengecasan penuh. Nanti tidaklah anda mudah panik sekiranya laptop anda kehabisan bateri dan tempat yang anda sedang buat kerja tiada plug point.
4. Saiz hard disc drive/storan
Untuk anda yang mahu jadikan laptop anda sebagai tempat simpanan file, gambar dan video adalah lebih baik untuk mencari laptop dengan storan yang besar. Biasanya laptop yang bersaiz kecil akan hadir dengan storan 320GB.
Tetapi jika anda bekerja sebagai jurugambar atau juruvideo, anda pastinya memerlukan ruangan yang lebih besar. Laptop dengan storan sekitar 500GB adalah yang terbaik tetapi bergantung juga kepada bajet anda. Jika ada lebih bajet, dapatkan laptop dengan storan 1TB. Tetapi ia bukan isu besar kerana jika storan sudah hampir penuh, beli sahaja external hard disc di masa akan datang.
5. Kualiti binaan
Anda semestinya mahukan laptop yang mempunyai bentuk menawan bukan? Lebih-lebih lagi yang slim, sleek dan sedap mata memandang. Tetapi rupa sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah kualiti laptop tersebut.
Walaupun anda seorang yang berhati-hati, perkara seperti laptop anda terhempas ke lantai, terhentak ke permukaan kasar dan banyak lagi pastinya akan berlaku dan tidak dapat dielakkan. Jadi, sebelum membuat pembelian pastikan anda tahu dahulu laptop anda diperbuat daripada apa dan adakah ia dapat tahan lama.
6. Cooling system
Disebabkan namanya laptop, pastinya anda akan lebih banyak meletakkan laptop ini di atas riba anda. Apabila anda menggunakannya untuk jangka masa lama, laptop anda pasti akan ‘panas’. Sistem penyejukan juga sangat penting untuk mengelakkan overheating supaya laptop anda sentiasa selesa untuk digunakan.
7. Berapa bajet anda?
Paling penting semestinya bajet. Jika bajet anda besar, makan makin baiklah laptop yang anda boleh beli. Tetapi semuanya bergantung kepada betapa heavynya penggunaan laptop anda setiap hari. Jika anda hanya mahu gunakannya untuk surf internet dan kerja-kerja wordpress, anda pastinya tidak memerlukan laptop dengan kemampuan gaming yang tinggi. Membazir nanti.
Berikut adalah beberap kriteria yang anda perlu lihat sebelum membuat pembelian laptop. Semuanya bergantung kepada tujuan apa sebenarnya anda mahu membeli laptop berkenaan.
Jika anda memerlukan cadangan laptop apa yang menarik dan ‘kena’ dengan semua kriteria ini, kami cadangkan model Lenovo IdeaPad S540. Apa yang menarik dengan model ini?
Model S540 ini hadir dengan beberapa saiz (13′ dan 14′) dan dari segi berat, ia berada di bawah 2KG (sekitar 1.8kg sahaja). S540 ini turut dijana processor 2nd Generation AMD Ryzen. Kelebihan yang ada pada processor AMD Ryzen semestinya keupayaannya untuk melancarkan tugasan multi-task di samping tugasan ‘berat’ anda seperti art & design dan video editing.
Radeon Vega Graphics yang hadir bersama processor AMD Ryzen ini selain ianya ‘handal’ untuk kegunaan gaming, ia turut meningkatkan performance multimedia laptop anda. Anda mahu main permainan popular seperti Dota 2 atau PUBG? Pasti tiada masalah.
Penggunaan aluminium chasis memberikannya laptop ini rekaan yang lebih sleek serta tahan lasak. Jadi tidak perlu risau sekiranya berlaku hentakan kecil ketika anda menggunakan model ini.
IdeaPad S540 juga dapat bertahan sekitar 8 jam dengan satu pengecasan penuh. Lebih menarik, dengan sistem RapidCharge yang ada, anda juga tidak perlu tunggu lama untuk cas penuh laptop ini.
Overheating juga bukan satu isu kerana sistem cooling pada laptop ini telah direka dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pengguna. Tak perlu fikir lagging ketika buat kerja multi-task kerana S540 turut hadiri dengan 8GB RAM terbina.
Untuk maklumat serta detail penuh IdeaPad S540, anda boleh klik di sini. harganya juga berbaloi dengan segala specs yang ada dan sesuai untuk anda yang bekerja dan student. Selamat buat pembelian!
Ini pula tip penjagaan laptop untuk sesebuah laptop tahan lama. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/ini-tip-penting-dan-mudah-penjagaan-laptop-supaya-tahan-lebih-lama/
https://www.thevocket.com/ini-mungkin-10-sebab-laptop-anda-selalu-slow-dan-tidak-responsif/