Sekiranya anda mempunyai masalah akses internet yang kurang memuaskan sewaktu penggunaan, boleh jadi WiFi router yang digunakan sudah terlalu lama. Oleh itu, anda memerlukan sebuah WiFi router terbaik yang dilengkapi dengan sokongan WiFi 6 yang terkini.

Kelebihan menggunakan WiFi 6 adalah ia mampu menawarkan capaian jarak yang lebih luas serta laju dan stabil untuk kegunaan kerja mahupun hiburan. Model yang dipilih juga boleh menyokong rangkaian unifi, Maxis Fiber dan Time Internet. Oleh itu, mari kita lihat 6 WiFi router terbaik yang boleh didapatkan menerusi Shopee dengan harga berbaloi.

1. Mercusys WiFi 6 Router

wifi router terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Mercusys WiFi 6 Router merupakan pilihan yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dengan penawaran harga yang cukup berbaloi. Rekaannya yang kompak menjadikan ia mudah untuk dimuatkan pada ruangan yang kecil. Model ini mampu menyokong kelajuan mencecah 1800 Mbps yang bersesuaian dengan kegunaan urusan seharian serta hiburan.

Ditambah pula terdapat empat antenna dengan sokongan ciri Beamforming boost boleh memastikan akses internet yang lebih lancar menerusinya. Selain itu, model ini turut lengkap dengan beberapa port rangkaian serta butang reset yang mudah digunakan. Bahkan, terdapat ciri keselamatan pada rangkaian serta penggunaan elektrik yang efisien.

Mercusys WiFi 6 Router ini sedia ditawarkan pada harga serendah RM188 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Mercusys WiFi 6 Router

2. Huawei WiFi 6 Plus Router

wifi router terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Berbincang mengenai WiFi router, pasti ramai yang cukup tahu HUAWEI merupakan salah satu jenama yang sedia menawarkan produk yang berkualiti tinggi untuk kepuasan para pengguna. Jadi, WiFi router yang ditawarkan juga hadir dengan prestasi yang baik dengan adanya cip WiFi terkini yang sesuai untuk kegunaan yang berat serta urusan harian.

Kelajuan internet pula dijamin sangat bagus kerana boleh menyokong sehingga 2,976 Mbps dan mempunyai bandwith yang besar untuk memastikan kelajuan internet yang stabil pada kesemua peranti yang disambungkan. Model ini dilengkapi empat antenna yang besar bersama 1 WAN Port, 3 LAN Port dan LED Penunjuk serta boleh diakses menerusi aplikasi Huawei dengan mudah.

Anda boleh dapatkan sebuah WiFi router yang serba moden dengan harga RM199 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Huawei WiFi 6 Plus Router

3. Tenda TX3 WiFi 6

wifi router terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seleksi model WiFi router ini mampu menampung keperluan internet di rumah mahupun tempat kerja anda. Tenda menampilkan sebuah WiFi router yang mempunyai sokongan internet beprestasi tinggi yang mencecah 800 Mbps serta boleh menyokong sebanyak 30 ke 60 peranti dalam satu-satu masa penggunaan sekaligus.

Malah, model ini juga empat antenna yang berkuasa serta dilengkapi ciri penguat isyarat bersepadu yang khusus untuk memastikan sambungan internet yang kuat serta lebih stabil di rumah yang lebih luas dan besar. Anda juga boleh mengawal WiFi router ini dengan mudah menerusi aplikasi yang disediakan.

Model Tenda TX3 WiFi 6 ini boleh didapatkan pada harga RM219 sahaja menerusi Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang TX3 WiFi 6

4. TP-Link AX1800 Dual Band Archer WiFi 6 Router

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, WiFi router yang ditawarkan oleh TP-Link juga antara pilihan yang digemari oleh para pengguna. Dengan harga yang berpatutan, anda sudah boleh memiliki sebuah WiFi router dengan rekaan minimalis serta berkuasa tinggi yang mampu menyokong kelajuan 1,800 Mbps yang sesuai digunakan oleh keluarga yang besar.

Kehadiran ciri dual band ini membuatkan ia lebih stabil dan fleksibel bagi kegunaan seharian anda. Teknologi WiFi 6 yang digunakan juga mampu menampung jumlah pengguna yang banyak sekaligus serta menggurangkan kadar lag. Ditambah pula sebanyak empat antenna yang boleh memastikan setiap penjuru rumah boleh menerima capaian internet.

Jika anda sememangnya mempunyai rumah serta keluarga yang besar, model WiFi router TP-Link ini sesuai untuk didapatkan yanga mana kini dijual pada harga RM245 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang TP-Link AX1800 Dual Band Archer WiFi 6 Router

5. D-Link DIR-X1860 Smart WiFi 6

Sumber Gambar: Shopee

Model WiFi router terbaik yang berikutnya adalah D-Link DIR-X1860 Smart WiFi 6 yang mana mampu menyokong dengan kelajuan sehingga 1,200 Mbps dan mempunyai sokongan dual band padanya. Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi ODFMA dan MU-MIMO di mana boleh disambung pada lebih banyak peranti tanpa menjejaskan kelajuan dan kestabilan internet.

Dan semestinya dengan teknologi WiFi 6 membolehkan penawaran akses internet yang lebih meluas pada sekitar kawasan rumah ataupun pejabat. Menariknya, anda juga boleh mengawal pelbagai tetapan WiFi router tersebut menerusi aplikasi sahaja. Ciri keselamatan rangkaian  juga disertakan bersama agar tidak mudah digodam oleh orang luar.

Kini anda juga boleh mendapatkan sebuah WiFi router yang kompak tetapi berkuasa tinggi dengan harga RM266 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang D-Link DIR-X1860 Smart WiFI 6

6. Asus TUF-AX3000 Gaming WiFi 6 Router

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, dari nama model WiFi router ini sahaja sudah boleh dijangka akan prestasinya yang padu oleh kerana berkait dengan gaming. Menjadi satu perkara sinonim buat jenama Asus untuk menawarkan sebuah WiFi router yang berkuasa tinggi untuk pengalaman permainan yang baik dan lancar untuk para gamer.

Model ini hadir dengan jenis dual band serta cip WiFi yang cukup berkuasa tinggi sudah pasti mampu menawarkan sambungan internet yang laju, stabil dan fleksibel. Kelebihan model ini adalah memori RAM besar dan empat antenna yang boleh diubah untuk memberikan signal secara efisien sekaligus menambah kelajuan internet.

Model WiFi router oleh Asus ini boleh didapatkan pada harga RM635 melalui Shopee.

Beli Sekarang Asus TUF-AX Gaming WiFi 6 Router

Berdasarkan senarai di atas, model WiFi router keluaran TP-Link dilihat sangat berbaloi oleh kerana penawaran yang berpatutan dalam masa yang sama sedia menawarkan pelbagai ciri menarik untuk menampung keperluan internet anda. Malah, terdapat sejumlah respon positif yang diterima oleh produk ini pada ruangan maklum balas di Shopee.

Diharapkan dengan senarai yang dinyatakan boleh memudahkan anda membuat pemilihan WiFi router mengikut bajet masing-masing. Setiap model yang dipilih turut mempunyai reputasi yang baik serta sesuai untuk digunakan bagi jangka masa panjang.

Selepas anda mendapatkan WiFi router terbaik, sudah semestinya anda boleh padankan pula dengan android box tv untuk mengakses hiburan yang tiada batasan menggunakan internet.

6 Android Box TV Berbaloi Dan Berkualiti Yang Boleh Anda Dapatkan Pada Tahun Ini

5 Media Streaming Mampu Milik Yang Sedia Menawarkan Sokongan AirPlay

Sumber